Hentikan budaya #duadarjat

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Istilah dua darjat merupakan budaya yang tidak sihat dalam negara kita. Dua darjat merangkumi rakyat kenamaan dan marhaen. Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 perlu dilaksanakan dengan sebaiknya supaya tidak timbul dakwaan ‘dua darjat’ sehingga menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata, isu ‘SOP dua darjat’ tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan telah menggariskan panduan yang lengkap untuk dijadikan rujukan kepada rakyat.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) berkata, kesemua pihak yang bertanggungjawab dalam menggariskan SOP perlu duduk bersama dan membincangkan serius isu tersebut.

“dua darjat” ini mesti dihentikan segera. Buat semua agensi penguatkuasaan, bertindaklah dengan tegas dan telus serta menggunakan budi bicara yang penuh hikmah kepada semua pesalah (tanpa mengira darjat) terutamanya pada mereka yang dengan sengaja melanggar SOP.

https://youtu.be/5asmLLfAznI

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
[email protected]