Realtime website trackingweb stats

Heboh Kak Lina Pom Pom ‘undur diri’ dari pentas GV10, rupanya ada ‘plot twist’

Oleh FATIN AQILAH

Orang ramai heboh apabila penghibur sensasi Kak Lina Pom Pom mengumumkan untuk tidak lagi ‘mengacarakan’ program realiti All Stars Gegar Vaganza (GV10) untuk minggu-minggu berikutnya.

Menerusi Instagram beliau, Kak Lina atau Elly Mazlein, 43, memberitahu keputusannya itu demi menjaga hati ramai pihak.

Untuk rekod, karakter bersahaja dan lucu Elly lebih menyerlah sebagai pengacara sehingga mampu menggenggam trofi Pengacara TV Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, baru-baru ini.

Penyanyi itu atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengambil tindakan sedemikian selepas membaca kesemua komentar orang ramai berkenaan dirinya sebagai hos bersama dua pengacara lain iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

“Selepas Kak Lina membaca kesemuanya, sudah tiba waktunya Kak Lina tidak perlu ada di pentas GV demi menjaga hati kalian dan semua pihak.

“Kak Lina meletakkan kesemua kesalahan pada diri sendiri. Niat Kak Lina untuk menghiburkan tapi lain pula jadinya. Buat semua orang tak berminat nak tengok GV pula. Sekali lagi, Kak Lina meletakkan kesalahan pada diri sendiri,” tulisnya.

Jelas hos yang dilabelkan gedik melampau berasal dari Slim River, Perak itu, beliau hanya mencari rezeki di pentas GV yang merupakan program hiburan kegemaran ramai rakyat Malaysia.

“Demi kebaikan semua pihak, Kak Lina tidak akan muncul lagi di GV. Minta maaf segala kekhilafan ya. Kak Lina tak bermaksud apa-apa. Memang nak menghiburkan sahaja.

“Jaga diri ya semua. Terima kasih di atas segala kemanisan yang Kak Lina rasa sebelum ini. Terima kasih banyak-banyak,” kata Kak Lina lagi.

Namun, posisi yang ditinggalkan pelantu lagu ‘Usah Ditambah Bara Tersimpan’ itu akan diisi sendiri oleh Elly Mazlein yang dilihat mungkin tampil lebih tertib tanpa gedik melampau.

“Insya-Allah, Elly Mazlein akan mengggantikan Kak Lina di GV nanti.

“So, I’ll sign off (Kak Lina akan tarik diri),” tambahnya lagi sekali gus seolah-olah ‘plot twist’ memandangkan masih orang yang sama hanya berbeza pada nama atau barangkali karakter sepanjang GV bersiaran nanti.

Baca:

Polis ajar kanak-kanak mengaji, ‘hafizah’ jelita dari Serambi Makkah ini tawan hati warganet

Kampung Seri Daik dahulunya indah kini bertukar seram, siap ada kawasan ‘larangan’

Entah apa penggubal silibus Matematik tahun 3 fikir, pegawai bank pun tak tau nak jawab