Realtime website trackingweb stats

Heboh dah ada aiskrim vanila diperbuat daripada plastik, konon selamat dimakan tapi ramai ragu

Oleh FATIN AQILAH

Bukan-bukan sahaja penemuan pereka di United Kingdom (UK) yang mendakwa menjadi individu pertama membuat aiskrim perisa vanila daripada plastik kitar semula.

Rasa aiskrim itu memang seperti aiskrim berperisa vanila biasa tetapi ‘asalnya’ bukan dari bahan organik sebaliknya plastik!

Memetik Oddity Central, pembuatan aiskrim itu adalah sebahagian daripada projek tahun akhir seorang penuntut Central Saint Martins Design School, sekolah seni dan rekaan.

Pelajar terbabit, Eleonora Ortolani mahu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh individu lain sebelum ini.

Bertajuk Guilty Flavours, projek itu diilhamkan oleh kekecewaan pereka muda itu mengenai plastik kitar semula.

Kebiasaannya, ia dijadikan produk yang tidak boleh dikitar semula lagi, kerana dicampur dengan resin atau bahan lain, yang hanya memburukkan lagi masalah sampah plastik.

Namun, apabila mengetahui spesies cacing yang boleh mencerna beg plastik, Ortolani mula tertanya-tanya sama ada terdapat cara manusia boleh makan plastik dan mengurai serta menghapuskannya untuk selamanya.

“Saya tidak pernah membayangkan saya sebenarnya boleh membuat makanan daripada plastik.

“Sukar bagi saya untuk mencari seorang saintis yang benar-benar berminat untuk bekerja dengan saya mengenai (idea ini),” kata Ortolani.

Akhirnya, Ortolani menemui saintis makanan dan penyelidik dari Universiti Metropolitan London, Joanna Sadler yang membantunya mensintesis vanillin sintetik daripada plastik.

Baca:

Johan Ghazali raih kontrak RM467,000 menjelang umur 17 tahun, kenali Jojo si jaguh termuda muay thai negara

‘Saya ni dahlah berwajah Jawa’, ini jawapan Beto Kusyairy apabila diminta tayang badan

Telinga sering berdengung dan sakit mencucuk ketika naik pesawat, tak hilang walau dah telah air liur, ini langkah segera perlu anda lakukan