Realtime website trackingweb stats

Hebat! perodua rancang hasilkan kereta elektrik (EV)

Oleh NUR KASIH

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkongsi di laman sosialnya bahawa Perodua merancang untuk menghasilkan kereta elektrik (EV) secara besar-besaran pada penghujung tahun 2025.

Beliau menyatakan bahawa Perodua telah berjaya membangunkan prototaip EV yang berasaskan kuasa elektrik melalui kerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa.

Langkah ini selaras dengan pelantikan Perodua sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).

Hebat! perodua rancang hasilkan kereta elektrik (EV)

Langkah ini akan membuka peluang kepada pasaran kereta elektrik (EV) tempatan yang lebih mampu milik setelah kerajaan menetapkan harga asas sejumlah RM100 ribu untuk setiap EV CBU.

Walaupun, pada masa ini, tiada maklumat rasmi mengenai model atau harga bagi EV Perodua tersebut, pada Mei tahun lalu, Perodua telah memperlihatkan sebuah pembangunan konsep Electric Motion Online (EMO).

Melalui paparan tersebut, diperlihatkan sebuah konsep EV yang bersaiz seperto Myvi dengan bateri 50kWh dan jarak pemanduan sehingga 350km.

Baca:

Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat

Kisah Pak Din dari Pendang, ‘gelandangan mewah’ 18 tahun tinggal dalam kereta

Patut pun Israel takut, kehebatan terowong Hamas buat zionis terkejut