Tambahan nilai e-dompet RM100 di bawah program Madani kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun boleh ditebus mulai Isnin depan, 4 Disember ini.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata semasa pelancaran Ekonomi MADANI, kerajaan akan melaksanakan program eMADANI.
Ini akan memberi manfaat kepada 10 juta orang, dan melibatkan kos RM1 bilion. Beliau juga menyatakan bahawa bantuan tersebut adalah sebahagian daripada janji kerajaan untuk memberi sokongan kepada rakyat dalam mengatasi impak pandemik Covid-19.
Beliau menyatakan tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari 2024.
Anda boleh membuat tuntutan eMADANI melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini, termasuklah MAE, Setel, ShopeePay, dan Touch ‘n Go eWallet.
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023.
- Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 atau mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Bagaimana Nak Memohon Kredit eMADANI dengan Mudah?
- Muat Turun Aplikasi e-Dompet: Langkah pertama, muat turun aplikasi e-dompet yang diperlukan dari Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery.
- Ikut Arahan di Aplikasi e-Dompet: Bagi pengguna baru atau yang sedia ada, ikuti arahan mudah yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.
- Verifikasi Identiti Secara Elektronik: Proses verifikasi identiti anda akan dijalankan secara elektronik oleh penyedia perkhidmatan e-dompet melalui ‘Know-Your-Customer’ (eKYC).
- Isi Maklumat di Halaman Tuntutan eMADANI: Di dalam aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eMADANI dan tekan butang “Hantar”.
- Terima Notifikasi Kejayaan: Setelah menghantar tuntutan, tunggu notifikasi yang memberitahu jika tuntutan eMADANI anda berjaya.
Setelah menghantar tuntutan, tunggu notifikasi yang memberitahu jika tuntutan eMADANI anda berjaya.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara penebusan kredit eMADANI, sila rujuk kepada aplikasi e-dompet masing-masing.
Apa yang Boleh Dibeli dengan Kredit eMADANI?
Dengan kredit RM100 eMADANI, anda boleh beli pelbagai barang atau perkhidmatan dari 1.8 juta kedai atau perniagaan menggunakan e-dompet pilihan anda.
Namun, terdapat beberapa perkara yang perlu diingatkan anda tidk boleh menggunakan kredit eMADANI untuk:
- Pemindahan Wang ‘Peer-to-Peer (Anda tidak boleh menghantar atau menerima wang secara terus antara individu).
- Penebusan Tunai (Tidak boleh menukarkan kredit eMADANI kepada wang tunai).
- Bayaran Bil Utiliti Terintegrasi (Bayaran bil utiliti yang terhubung dengan aplikasi e-dompet tidak termasuk).
- Bayaran Fi Berkaitan Kerajaan Terintegrasi (Sebarang bayaran fi yang berkaitan dengan kerajaan yang terhubung dengan aplikasi e-dompet tidak dibenarkan).
- Bil Telekomunikasi Pascabayar dan Prabayar Terintegrasi (Pembelian bil telekomunikasi, sama ada pascabayar atau prabayar, yang terintegrasi dengan aplikasi e-dompet tidak termasuk).
- Pembelian Permainan (‘Games’) Terintegrasi.
- Bayaran Tempat Letak Kereta dan/atau Tol.
- Bayaran untuk tempat letak kereta dan tol tidak termasuk.
- Aktiviti Pelaburan Terintegrasi (Sebarang aktiviti pelaburan yang terhubung dengan aplikasi e-dompet tidak dibenarkan).
- Transaksi e-Dagang atau Dalam Talian.
Jadi, pastikan untuk menggunakan kredit eMADANI anda dengan bijak dan hanya untuk pembelian fizikal di kedai-kedai atau perniagaan yang menerima e-dompet, kecuali untuk perkara yang disenaraikan di atas.
Baca: