Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari telah berlangsung selama hampir 3 jam tadi.

Antara Raja-Raja Melayu yang berkenan menghadiri Perbincangan Khas itu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Turut berangkat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Ini adalah Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kedua diadakan bagi membincangkan mengenai isu kesihatan dan politik negara, dengan pertama kali diadakan pada 25 Oktober tahun lalu.

Dalam pertemuan itu, Raja-Raja Melayu dijadual turut mendapat taklimat khas dari Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, yang akan mengetuai beberapa ketua agensi kerajaan.

Selain Mohd Zuki; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menghadiri Perbincangan Khas itu.