Hanya terima 5 bungkus mi segera, mangsa banjir tampar ketua kampung. Seorang mangsa banjir nekad menampar ketua kampungnya selepas berasa tersinggung dengan bantuan yang diterimanya – hanya lima bungkus mi segera. Kejadian itu berlaku pada Isnin lalu, semasa ketua kampung Desa Menjalin, Servasius, melawat lokasi banjir untuk menyampaikan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).
Menurut beberapa penduduk sedang menerima bantuan daripada sukarelawan ketika itu. Namun, salah seorang mangsa banjir berasa tidak puas hati dengan bantuan yang diberikan, yang dianggapnya terlalu sedikit.
“Dia terpengaruh emosi dan terus menampar saya sebelum membuang bantuan yang kami berikan,” kata Servasius ketika ditemui wartawan pada Selasa. Walaupun begitu, beliau berjaya mengawal keadaan dan tidak membiarkan situasi menjadi lebih buruk.
Dalam perkembangan lain, Servasius mendedahkan bahawa enam buah kampung telah terjejas teruk akibat banjir tersebut. “Hujan turun tanpa henti sejak malam tadi, menyebabkan banyak kawasan dinaiki air,” jelasnya.
Kejadian ini bukan sahaja mencetuskan ketegangan antara penduduk dan pihak berkuasa, tetapi juga mendedahkan betapa terdesaknya keadaan mangsa banjir yang mengharapkan bantuan lebih bermakna.
Insiden ini menjadi peringatan tentang pentingnya bantuan yang bersesuaian dengan keperluan mangsa bencana, terutamanya ketika mereka sedang melalui saat-saat sukar.
Adakah bantuan mi segera cukup untuk meringankan beban mereka? Persoalan ini pasti akan terus dibincangkan.
Baca lagi : Ini 5 rahsia Yang di-Pertuan Agong bakal buat ramai terkejut
NASA buka tender buat tandas untuk angkasawan bernilai RM85,000!