Ada sesetengah orang yang lebih suka melancong melalui agensi pelancongan kerana ia memudahkan perjalanan
Tanpa perlu melakukan kajian sendiri. Pelancong hanya perlu mengikuti panduan yang diberikan oleh tour guide.
Namun, baru-baru ini, satu insiden melibatkan seorang tour guide di China menarik perhatian.
Tour guide wanita tersebut telah memarahi pelancong di dalam bas kerana tidak membelanjakan wang yang mencukupi di negara tersebut.
Tengking pelancong kerana tidak mencapai jumlah belanja yang diinginkan
Dalam video yang tersebar, kelihatan tour guide wanita tersebut menengking dan memarahi semua pelancong yang berada di dalam bas.
Difahamkan bahawa 52 pelancong tersebut hanya berbelanja sebanyak 900 yuan (RM580). Dia mengarahkan mereka untuk berbelanja sekurang-kurangnya 2000 yuan (RM1288) sebelum dibenarkan naik bas.
Lebih memalukan, dia juga menunjukkan sikap kurang ajar dengan bertanya jika semua pelancong bisu kerana tidak memberi respons kepada tuntutannya. Dia kelihatan sangat kecewa dan malu dengan cara pelancong berbelanja.
Lebih teruk lagi, dia berkata, “Kalau korang berbelanja, korang tuhan. Kalau tak, korang sampah.”
BACA: Cara cuci bantal penuh ‘peta’ kuning, pasti hilang buat suri rumah pun nak tahu