Hanya dengan 7 bahan ini, anda boleh buat sos ala Sukiya di rumah saja, wajib ada!

Oleh ARIF ABDULLAH

Dengan hanya 7 bahan, kini anda boleh buat sos gaya Sukiya di rumah sendiri! Pasti tak sabar nak cuba!

Sukiya, restoran Jepun yang popular, menjadi tempat pilihan ramai di Malaysia tanpa mengira umur atau bangsa.

Setiap hari, orang ramai membanjiri restoran tersebut sehingga terpaksa beratur lama!

Tetapi, anda tidak perlu lagi beratur panjang kerana seseorang telah berkongsi resipi rahsia sos gaya Sukiya untuk anda cuba di rumah!

Menurut Zainul, kita boleh buat sendiri sos restoran Jepun itu di rumah dan boleh nikmati bersama hidangan steamboat.

Hanya dengan 7 bahan ini, anda boleh buat sos ala Sukiya di rumah saja, wajib ada!

Mari kita pelajari cara membuat sos sukiya!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang putih
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Cili padi
  • Sos bijan panggang
  • Paste Miso
  • Sesame sauce

Cara-cara penyediaan:

Hiris bawang putih, daun ketumbar, daun bawang, dan cili padi. Campurkan dengan sos bijan panggang.

Tambahkan Paste Miso ke dalam campuran tersebut. Anda boleh dapatkan Paste Miso yang halal dari kedai yang menjual barangan Jepun.

Kemudian, tambahkan Sesame sauce. Selesai!

Jika anda ingin merasai suasana makan di restoran Sukiya, anda boleh membeli set steamboatnya di kedai atau pasaraya.

Selamat mencuba!

@zainulrusydi

Sos Sukiya Viral + Steamboat Bahan bahan yang diperlukan 1. Hot Pot Combo mala soup / Mushroom Soup @EB Frozen Food 2. Bawang Putih 3. Daun Ketumbar 4. Daun Bawang 5. Cili Padi 6. Roasted Sesame Sauce 7. Miso Paste halal 8. Chilli Oil (boleh buat sendiri, minyak panas + chilli flakes) Very recommended korang kena beli from EB Foods! #jenulcooks

♬ original sound – jenul masak🥵 – jenul masak🥵

Baca:

Detik isteri Caprice mengamuk suruh individu hina anak melutut mohon maaf depan-depan

Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini

Cara masak rendang daging cili api berempah cara arwah nenek, makan dengan lemang memang ngam teruk