Permintaan mesra daripada seorang wanita yang dipanggil makcik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem untuk membeli anak itik telah menarik perhatian ramai orang baru-baru ini.
Melalui sebuah video selama dua minit, makcik tersebut menyuarakan keinginannya untuk menjaga itik dengan meminta Mohd Noor Helmy membeli haiwan tersebut.
Menurut makcik tersebut, dia ingin merawat itik dari kecil hingga besar dan bukan ayam kerana dia percaya nilai haiwan tersebut lebih tinggi.
“Ayam tak nak. Itik mahal. Anak itik, bela untuk ‘healing’, nak rehat-rehat tengok itu,”ujar makcik tersebut.
Makcik itu mengatakan bahawa dia ingin memiliki sepuluh ekor itik telur dan sepuluh ekor itik daging, serta dia juga bergurau ingin memelihara angsa.
“Dapat modal (bela itik), boleh beli angsa,” kata makcik tersebut.
Permintaan dari makcik itu akhirnya dipenuhi, dan Mohd Noor Helmy sendiri rela turun ke kawasan itu untuk memberikan anak itik kepada wanita tersebut di rumahnya.
Dia juga sempat bertanya sama ada itik yang dipegangnya itu itik untuk dimakan atau itik untuk bertelur sebelum Mohd Noor Helmy membuat jenaka dengan mengatakan bahawa dia sendiri tidak pasti.
Beliau menyatakan bahawa permintaan itu merupakan pertama kalinya beliau menerima semasa menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Saya tak pernah buat kerja ni tau makcik. Saya jadi wakil rakyat ni, orang minta bantuan, minta kebajikan. Makcik seorang sahaja minta saya itik,”katanya kepada wanita tersebut.
Lebih lawak lagi, wanita tu janji nak bagi nama seekor itik tu Noor Helmy, pastu ajak wakil rakyat Duyong datang lawat itik tu balik beberapa tahun lagi.
Orang jarang mintak itik seperti itu.
Video tersebut telah meraih pelbagai reaksi oleh netizen.
Ramai dari mereka gelak sambil puji makcik tu atas idea kreatifnya.
@mnhelmy itu hari cerek, ini hari itik.. Mat okay je asalkan permintaan rahmah mampu milik 😊 #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #itik #fyp ♬ original sound – Mohd. Noor Helmy
Baca:
Model ‘prank’ Ain Edruce bagi bunga pada suami, reaksi spontan bangkit dari kerusi tidak disangka
Memang ada permohonan tapi konsert kontroversi Choii tiada kelulusan negeri Kedah
Peningkatan insiden keganasan di Gaza punca PM Palestin letak jawatan, cadang langkah politik baharu