Bersedekah amat dituntut dalam Islam tetapi ada baiknya individu yang meminta sumbangan itu sama disiasat.
Lebih-lebih lagi kalau sudah dibantu tetapi tidak berubah. Tambah patut dipersoalkan apabila si peminta sedekah macam tugu berada di tempat tumpuan ramai.
Ikuti perkongsian pengalaman Ariff Lubis yang menarik perhatian orang ramai ini:
Siapa yang nak masuk kawasan parkir AEON Bandaraya Melaka, kalau nampak pakcik ni terpulang pada anda nak sedekah atau tidak.
Untuk saya, saya sudah berhenti daripada sedekah untuk pakcik ni. Sebab?
Dulu pernah juga bagi tetapi selepas perhati dua, tiga kali dan posting sebelum ini oleh orang lain, tak mengapalah saya buat keputusan untuk taknak dah. Tapi untuk orang lain terpulang.
Pertama, sebelum ini ada orang sedekahkan pakaian, tapi pakaian koyak rabak tu jugak dia pakai hari-hari.
Kedua, orang sedekah payung sebab di situ panas dengan tiada bumbung dan bahang enjin kereta. Kalau hujan pun dia di situ juga tanpa berganjak.
Ketiga, saya cuba buka tingkap nak dengar apa dia baca, sekali mindblown, muka surat yang dia tengah tenung tu koyak.
Saya juga tidak dengar apa-apa dia baca. Minta sedekah perlu baca al-Quran ke? Hujan-hujan pun dia baca sampai al-Quran dia pun dah naik berkedut-kedut.
Keempat, dia akan duduk situ sepanjang masa, di mana dia solat? Saya tanya orang di situ memang dia macam Tugu Negara di situ…
Anda akan nampak saya kolot tetapi tak mengapalah. Saya hanya kongsi untuk kebaikan kita, jangan terperdaya.
“Tapi bro, dah tau dia melakukan benda salah, kenapa tak tegur?”
Ada juga orang di situ saya nampak menegur perbuatan pakcik ni, dia bergegas.
Tapi petang saya lalu situ dia ada balik di situ. Sebab itu, kena ada penguatkuasaan.
Untuk pengetahuan anda, Melaka adalah negeri yang sangat kurang peratusnya untuk kita jumpa pengemis.
Pengemis tidak termasuk orang tidak siuman ya, berbeza. Pengemis mereka sedar apa mereka buat, orang tidak siuman dia tak sedar.
Orang ada iman tidak akan bersifat seperti ini… Islam ajar kita janganlah kita meminta-minda untuk tujuan peribadi kecuali ke jalan Allah untuk manfaat masyarakat (buat masjid, surau, madrasah dan sebagainya).
Islam mengajar kita untuk bersedekah, jadi terpulang pada anda. Be kind and have courage.
Baca:
Nah ini dia rahsia kuah kari sedap, kena letak bahan 3 bahan azimat
Bontot kuali hitam? Bahan ini bantu hilangkan kerak rentung dengan mudah