Realtime website trackingweb stats

GYPC 2024 angkat peranan belia bela hak rakyat Palestin

Oleh AHMAD ISMAIL

Perjuangan isu Palestin memerlukan lebih ramai penyertaan daripada golongan belia di Malaysia, mencontohi solidariti yang ditunjukkan oleh anak muda di negara lain.

Penaung Persidangan Belia dan Keamanan Global untuk Palestin (GYPC) 2024, Nurul Izzah Anwar berkata,

Anak muda di negara ini perlu mengambil contoh sokongan anak muda di United Kingdom dan Amerika Syarikat yang menunjukkan kesedaran tentang hak asasi manusia dan penolakan terhadap pelanggaran yang dilakukan oleh Israel.

Beliau menekankan pentingnya golongan belia di Malaysia untuk menjadi penggerak utama dalam menyebarkan maklumat terkini mengenai isu ini melalui platform media sosial dengan cara yang menarik dan informatif.

“Mereka juga mempertahankan hak Palestin untuk terus hidup, dilindungi dan diberikan status setimpal.

GYPC 2024 angkat peranan belia bela hak rakyat Palestin

“Golongan belia di negara ini perlu menjadi penggerak dan pelopor utama dalam menghebahkan maklumat terkini bagi memperjuangkan isu Palestin yang telah lama berlarutan. Mereka boleh menyampaikan maklumat dalam bentuk paling menarik dan informatif menerusi platform media sosial,” katanya seperti dipetik Bernama.

Nurul Izzah yang juga Penasihat Kehormat Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Belia dan Keamanan Global untuk Palestin (GYPC) 2024, yang dirasmikan oleh Pengerusi Misi Keamanan Global, Dr. Jufitri Joha.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, menjelaskan bahawa persidangan tersebut berfungsi sebagai platform untuk meningkatkan pemahaman tentang isu Palestin, dengan penekanan pada kesukarelawanan.

Katanya, dia ingin mendorong remaja agar menyedari potensi mereka untuk membuat perubahan, walaupun sebagai individu.

Pada masa yang sama, Jufitri memaklumkan bahawa persidangan selama dua hari ini dihadiri oleh lebih 600 peserta dan diakhiri dengan perkongsian inspirasi, termasuk sesi bersama Perenang Olimpik Palestin, Yazan Al-Bawwab, untuk membangkitkan semangat dan kreativiti dalam menyebarkan kesedaran tentang isu Palestin.

Persidangan ini dianjurkan oleh Global Coalition for Youth, Sports and Scouts for Palestine (GCYSP), MyAqsa Defender, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), dan Asian African Youth Government.