Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM1200 akan diberikan secara berperingkat kepada mereka yang layak, bermula pada 15 Mac 2024.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada insentif khas yang diberikan pada bulan ini dalam bentuk tunai.
BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1200
Kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan sumbangan istimewa berbentuk kewangan untuk Hari Raya Aidilfitri.
Sumbangan ini berjumlah setengah daripada gaji bulanan atau sekurang-kurangnya RM1200.
Semua kakitangan kerajaan negeri akan menerima sumbangan ini sebagai tanda penghargaan.
Dengan memberikan insentif tambahan ini, ia boleh membantu mengurangkan beban rakyat dan memudahkan persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kerajaan mengambil berat tentang hal ini, dan bantuan akan diberikan pada pertengahan bulan Mac ini.
SENARAI PENERIMA BANTUAN KHAS AIDILFITRI
Untuk pengetahuan semua, Bantuan Kewangan Kecil kepada Agensi (BKKA) ini juga diberikan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), badan berkanun, dan syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri.
Semuanya bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.
Kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan bantuan yang sama kepada penyelia dan guru-guru, iaitu RM300 setiap seorang, di sekolah-sekolah rendah agama (KAFA), sekolah rendah agama rakyat (SRAR), dan sekolah menengah agama rakyat (SMAR).
Nilai yang sama juga diberikan kepada kakitangan SRAR, SMAR, dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK).
Perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, baru-baru ini.
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2024
Bantuan wang raya ini akan diberikan tanpa perlu mengemukakan sebarang permohonan.
Bantuan ini akan menerima secara berperingkat menerusi kredit ke akaun bank atau pembayaran tunai bermula 15 Mac 2024 sehingga proses selesai.
Sebelum ini, kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan bantuan khas kewangan yang bersamaan dengan separuh gaji bulanan atau sekurang-kurangnya RM1000.
Bayaran ini telah diselesaikan pada bulan Disember yang lalu dengan jumlah peruntukan melebihi RM7 juta.
MAKLUMAT LANJUT
Kerajaan Persekutuan serta kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai kemudahan dan inisiatif dalam bentuk bantuan kewangan untuk membantu persediaan bulan puasa dan Hari Raya.
Ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia, terutama golongan yang memerlukan bantuan.
Bagi yang tidak sedar, sila rujuk senarai insentif bantuan yang terdapat pada bulan ini dan lihat jika anda layak untuk mendapatkannya.
Baca:
Bosan makan Dendeng Khairul Aming, cuba ‘modify’ dengan spageti – Tak tipu kejap je nak masaknya