Realtime website trackingweb stats

Guna je pisang peram buat belum masak ‘confirm’ menjadi

Oleh HADI KAMARUDIN

Dalam situasi tertentu, kita mungkin terpaksa membeli buah yang belum masak untuk memastikan bekalan berterusan atau kerana buah tersebut sukar diperoleh.

Namun, anda tidak perlu risau kerana terdapat cara untuk memeram buah dengan betul,

sekali gus membolehkan anda menikmati buah yang manis dan sedap seperti ia masak secara semula jadi.

Berikut adalah beberapa cara untuk memeram buah, seperti yang dikongsikan oleh Ashraf Shuib di Facebook:

Beg Kertas atau Kotak

Guna je pisang peram buat belum masak 'confirm' menjadi

Masukkan buah yang ingin diperam ke dalam beg kertas atau kotak bersama sebiji pisang yang telah masak sebelum menutupnya.

Pisang yang masak mengeluarkan gas etilena yang membantu mempercepatkan pematangan buah lain.

Jika tiada pisang, epal juga boleh digunakan kerana ia juga mengeluarkan gas etilena.

Periksa buah setiap hari untuk memastikan ia tidak terlebih masak. Elakkan menggunakan beg plastik.

Beras

Basuh dan keringkan buah yang ingin diperam dengan menggunakan kain bersih atau tisu.

Kemudian, ‘tanam’ buah tersebut dalam beras. Periksa buah setiap hari dan pastikan beras tidak rosak apabila buah sudah masak.

Kalsium Karbida (Kabat)

Letakkan kalsium karbida di atas kertas surat khabar dan renjiskan sedikit air. Bungkus kalsium karbida dan buah dengan surat khabar.

Namun, berhati-hati ketika menggunakan kalsium karbida kerana ia mengandungi arsenik dan fosforus yang boleh membahayakan kesihatan. Anda dinasihatkan untuk mencuci buah sebelum dihidangkan.

Dengan menggunakan teknik-teknik ini, anda boleh memastikan buah-buahan yang dibeli masak dengan segera.

BACA: Terbongkar rahsia cara simpan santan segar kalau tiada peti ais, tahan 3 hari!