Realtime website trackingweb stats

Guna je cara ini, pasti singki bukan hanya bersih, dijamin bebas dari bakteria

Oleh ARIF ABDULLAH

Kebersihan dapur adalah kunci untuk memastikan makanan selamat dimakan dan bebas dari penyakit.

Walaupun dapur nampak bersih pada pandangan kasar, banyak tempat tersembunyi yang mungkin tidak terjaga, terutama di bahagian singki.

Jika dibiarkan, karat dan kesan keputihan pada singki akan semakin sukar dibersihkan,

menyebabkan calar serta menjadikannya tempat ideal untuk pertumbuhan bakteria.

Ramai sangka singki adalah tempat paling bersih, tetapi ramai yang lupa dengan kesan karat

dan degil daripada air berklorin boleh menjejaskan kualiti makanan.

Guna je cara ini, pasti singki bukan hanya bersih, dijamin bebas dari bakteria

Dalam satu perkongsian di saluran YouTube, pemilik akaun Crouton Crackerjacks menunjukkan cara membersihkan kesan kotor yang terbentuk pada celahan paip singki di rumahnya.

Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan:

1. Tuang cuka ke dalam satu bekas kosong.

2. Rendam sehelai kain bersih ke dalam cuka selama satu minit.

3. Keringkan kawasan singki yang ingin dicuci.

4. Balut paip dan kawasan yang terkena klorin dengan kain yang direndam.

5. Biarkan selama satu jam.

6. Sental bahagian klorin menggunakan span cuci pinggan.

Ulang langkah yang sama jika masih terdapat kotoran degil yang sukar ditanggalkan.

Dengan cara ini, singki anda akan lebih bersih dan selamat untuk digunakan tanpa menggunakan sebarang produk cucian khas.

BACA: Ini tips untuk hilangkan bau hanyir peti ais, lagi senang guna hampas kopi