Bercucuk tanam adalah aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan pada waktu lapang dan cuti hujung minggu.
Namun, apabila hasil yang diharapkan tidak muncul, perasaan kecewa dan malas sering kali datang menghantui fikiran.
Tambahan pula, pelbagai tip dan petua yang tular di media sosial telah dicuba, tetapi hasilnya masih tidak memuaskan.
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, jangan berputus asa terlebih dahulu.
Cubalah untuk ‘bersahabat’ dengan baking soda dan soda penaik kerana bahan-bahan ini bukan sahaja sesuai
untuk masakan, tetapi juga dapat membantu menjadi ‘penyelamat’ kepada tanaman anda
. Berikut adalah beberapa kegunaan baking soda untuk tanaman.
Racun kulat semulajadi
Kulat sering menjadi punca penyakit tanaman, seperti masalah reput akar, hawar daun, karat, dan kulapuk debu.
Mengawalnya dengan bahan kimia mungkin sukar kerana perosak ini tidak selalu terdedah kepada racun yang disembur.
Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan campuran baking soda dengan air dan sabun cecair untuk menyembur pada tumbuhan yang terjejas.
Ini bukan sahaja lebih organik, tetapi juga memastikan tumbuhan anda bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Pembunuh rumpai
Rumpai dianggap sebagai perosak tanaman kerana bersaing dengan pokok untuk mendapatkan nutrien, air, dan faktor tumbesaran lain.
Sifatnya yang mudah ‘menyesuaikan diri’ dan cepat membiak boleh menyebabkan tanaman sukar untuk hidup atau mengalami masalah bantut. Untuk mengatasinya, anda boleh menabur soda penaik pada rumpai untuk mematikannya secara langsung.
Jangan risau, kerana baking soda ini tidak akan merosakkan tanaman anda, sebaliknya dapat mempercepatkan proses pengkomposan dengan menjadikan persekitaran lebih basah dan subur.
Penghalang serangga perosak
Tanaman seperti sayur-sayuran berdaun seringkali dikerumuni oleh cacing, siput babi, dan semut.
Jika anda mendapati kesan gigitan pada daun pokok, cuba sediakan campuran baking soda dan tepung. Sapukan campuran tersebut pada tumbuhan, dan serangga perosak pasti tidak akan menghampiri.
Pindaan pH tanah
pH tanah adalah penting untuk menyuburkan tanaman, sama ada pokok buah-buahan, sayuran, atau jenis berbunga.
Sekiranya tanaman anda kelihatan kekurangan nutrien atau bantut, taburkan soda penaik pada tanah.
Penggunaannya dapat menurunkan tahap keasidan tanah dan memperbaiki persekitaran untuk pertumbuhan tanaman.
Malah, ia juga sering digunakan sebagai ejen pemanis untuk tanaman tomato.
BACA:Fasi UiTM akhirnya tampil akui kesilapan sekali ada suara sumbang menjerit ‘Time ni la nak rekod’