Hampir semua rumah di Malaysia mempunyai serbuk bancuhan minuman seperti Milo, Nescafe, Horlicks, dan sebagainya.
Namun, serbuk minuman ini kadang-kala boleh menjadi keras dan berketul jika tidak disimpan dengan betul.
Menurut Fasz Nadiah atau Nad, dia menggunakan oxygen absorber, iaitu serbuk iron penyerap oksigen,
untuk mengatasi masalah ini. Paket berwarna kuning dan hijau mempunyai fungsi yang sama tetapi untuk jenis makanan yang berbeza.
“Pernah tak serbuk Milo, Nescafe, dan Horlicks korang jadi keras? Dah simpan dalam bekas kedap udara masih jadi macam tu juga walaupun tarikh luput masih jauh.
“Hari tu saya ternampak kat Facebook orang kongsi mereka guna oxygen absorber (food grade) ni dalam bekas Milo, Nescafe atau serbuk lain. Bahan ini juga boleh digunakan untuk menyimpan ikan bilis.
“Jangan guna silica gel (non-food grade) sebab ia tidak sesuai untuk makanan. Pilih jenis yang food grade macam ni, dijamin selamat,” jelasnya dalam perkongsian di Instagram.
Menurut Nad, oxygen absorber yang dijual dalam paket berwarna kuning sesuai diletakkan dalam bekas berisi serbuk Milo, tepung, serbuk rempah, ikan bilis, serbuk bawang putih, atau serbuk teh.
Sementara itu, paket berwarna hijau (food desiccant) sesuai untuk simpanan makanan seperti kekacang, biskut, dan kerepek.
BACA: Baru tahu rupanya wallpaper Windows XP ini bernilai 1 juta dolar, ini kisah sebenar disebalik gambar