Bagi sesiapa yang tinggal di taman-taman perumahan, pasti sering menghadapi masalah rumput yang membesar dan menjadikan rumah kelihatan kurang kemas.
Penggunaan racun untuk memusnahkan rumput boleh membawa risiko kepada tuan rumah dan jiran-jiran yang berdekatan.
Memang tidak berbaloi jika mahu mengupah orang untuk memotong rumput, terutamanya apabila kawasan berumput tidak begitu besar.
Untuk itu, jangan risau! SK akan berkongsi cara mudah untuk mematikan rumput di halaman rumah tanpa menggunakan racun berbahaya.
Tips ini telah dikongsi oleh pengguna Facebook yang bernama Berkebun Di Rumah baru-baru ini.
Menurut perkongsian tersebut, anda hanya perlu dua bahan mudah didapati untuk membuat semburan yang berkesan.
Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah cuka masakan dan sabun pencuci pinggan. Selain itu, anda juga perlukan alat penyembur untuk memudahkan proses semburan ke kawasan rumput.
Langkah pertama, masukkan satu botol cuka masakan ke dalam alat penyembur. Kemudian, tambahkan tiga hingga empat sudu besar sabun pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.
Pastikan semua bahan tercampur dengan baik untuk hasil yang terbaik dalam mematikan rumput.
Selepas campuran semburan siap, semburkan cecair tersebut ke kawasan rumput liar yang tumbuh di halaman rumah anda.
Proses semburan hanya perlu dilakukan sekali, dan dalam tempoh seminggu anda akan melihat rumput di halaman rumah bertukar warna menjadi perang.
Akar rumput akan menjadi kering, memudahkan proses untuk mencabut rumput yang telah mati.
Adakah tips ini bermanfaat bagi anda? Semoga perkongsian ini memberikan ilmu yang berguna kepada semua pembaca dalam mengatasi masalah rumput liar di halaman rumah mereka.
BACA: Nak baca DM Instagram tanpa keluar ‘seen’, ramai tak tahu senang je caranya!