Realtime website trackingweb stats

Guna je 2 bahan didapur, pasti hilang kesan kuning deodoran pada baju putih

Oleh AHMAD ISMAIL

Umum mengetahui bahawa penggunaan deodoran adalah untuk mencegah bau badan akibat peluh.

Namun, jika digunakan secara kerap, ia boleh meninggalkan kesan pada pakaian, terutamanya pada warna putih atau hitam.

Untuk menangani masalah ini, terdapat beberapa cara untuk menghilangkan kesan deodoran yang boleh anda cuba.

Cara ini mudah kerana menggunakan bahan-bahan yang sudah ada di rumah.

1. Soda Bikarbonat

Guna je 2 bahan didapur, pasti hilang kesan kuning deodoran pada baju putih

Selain digunakan dalam masakan, soda bikarbonat juga boleh membantu menghilangkan kesan deodoran pada pakaian berwarna putih atau gelap. Berikut adalah cara-caranya:

Bahan-bahan:

-3 sudu teh baking soda
-1 sudu teh air
-Bekas kecil
-Kain

Langkah-langkah:

-Campurkan baking soda dan air ke dalam bekas kecil.
-Kacau hingga menjadi pes yang sebati.
-Gosok pes tersebut pada bahagian yang kotor dan biarkan selama beberapa jam.
-Setelah itu, buang pes yang telah kering dan cuci pakaian anda menggunakan air suam.

2. Cuka Putih

Cuka juga berkesan untuk menghilangkan kesan deodoran pada pakaian. Berikut adalah caranya:

Bahan-bahan:

1 cawan air
2 sudu besar cuka putih
Kain bersih
Air

Langkah-langkah:

Campurkan dua sudu cuka dengan secawan air.
Kacau sehingga sebati dan tuangkan cecair tersebut pada bahagian baju yang terdapat kesan deodoran.

Biarkan selama beberapa minit dan sental dengan kain bersih secara berhati-hati.
Bilas pakaian dengan air bersih.

Cara lain untuk menghilangkan kesan deodoran pada pakaian adalah dengan mencucinya menggunakan mesin basuh. Pastikan anda memilih tetapan air panas agar kesan tersebut dapat dihilangkan dengan lebih berkesan.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada semua pembaca!

BACA: Rupanya pesawat diharamkan terbang diatas ruang udara makkah ramai nak tahu sebabnya