Realtime website trackingweb stats

Guna daun muda & segar antara petua bagus untuk elak ketupat nasi cepat basi

Oleh SHAZLIN AZIZ

Ketupat nasi merupakan sejenis hidangan tradisional yang lazim disediakan semasa perayaan Aidilfitri di Malaysia. Ia diperbuat daripada pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan dikukus.

Kebiasaannya ketupat nasi akan dimasak dalam kuantiti yang banyak.

Jika tidak kena caranya, juadah ini akan mudah rosak dan berlaku pembaziran. Terdapat beberapa panduan untuk simpan ketupat lebih lama.

Guna daun muda & segar antara petua bagus untuk elak ketupat nasi cepat basi

1. Beras yang berkualiti.

Beras yang berkualiti boleh membantu ketupat lebih tahan lama dan lebih sedap. Beras tersebut perlu direndam selama 30 minit untuk menghasilkan ketupat nasi yang bertekstur lembut.

2. Daun kelapa yang muda dan segar.

Daun kelapa yang segar dan masih muda boleh mengekalkan kebersihan ketupat nasi. Ketupat mesti dianyam kemas dan rapi supaya ia tidak terdedah dengan bakteria.

3. Sukatan beras.

Untuk dapatkan ketupat yang lembut, beras yang sudah dicuci perlu diisi dengan kadar 1/3 atau 2/3 sahaja.

Ketupat yang terlalu penuh akan menyebabkan beras menjadi keras atau tidak masak manakala jika beras terlalu sedikit akan menyebabkan ketupat menjadi lembik.

4. Rebus ketupat lebih lama.

Masa yang diperlukan untuk merebus ketupat hingga masak adalah diantara 4-5 jam. Ketupat yang sempurna dimasak akan tahan lebih lama.

5. Ketupat ditoskan dan digantung.

Ketupat yang sudah selesai direbus perlu ditoskan dengan cara menggantungkannya supaya air rebusan yang berlebihan dapat keluar.

Proses ini akan elakkan air bertakung di dalam ketupat dan memudahkan beras cepat basi.

6. Simpan ketupat dalam tempat sejuk beku.

Ketupat yang berlebihan boleh disimpan di peti sejuk bahagian ‘freezer’. Jika hendak hidangkan semula, pastikan kukus sahaja dalam masa 10 minit ke 15 minit.

Dengan mengamalkan petua-petua yang disebutkan di atas, diharapkan ketupat yang disediakan dapat kekal segar, enak, dan tahan lama, serta menghasilkan hidangan yang memuaskan untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan semasa sambutan hari raya.

Baca:

Remaja ini jadi individu pertama di Malaysia dapat Lesen ā€˜Pā€™ eTesting JPJ

Orang yang pertama kali nak buat umrah boleh ikuti panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga

Penyata akaun KWSP ketua keluarga ini buat netizen tergamam, umur masih muda tapi sudah ada 7 angka