Realtime website trackingweb stats

Guna 1 bahan ini, bantu kurangkan pertumbuhan rumput liar

Oleh NURAIMAN

Bagi mak – mak yang suka berkebun dan mempunyai halaman rumah yang luas, mesti rasa terganggu bila tengok rumput tumbuh panjang dan meliar dengan cepat.

Dan, bagi mereka yang bekerjaya sudah pastinya tidak mempunyai masa untuk mencabut rumput dan ia sekali gus menjadikan halaman rumah kelihatan semakin semak.

Paling menakutkan apabila persekitaran rumah dipenuhi semak samun, mulalah mengundang haiwan seperti ular dan tikus bersarang.

Guna 1 bahan ini, bantu kurangkan pertumbuhan rumput liar

Apa kata cuba petua yang dikongsi untuk mengelak rumput tumbuh dengan cepat di mana bahan utama yang digunakan ialah garam kasar sahaja.

Cara-cara:

1. Sediakan garam kasar, cari yang harga murah saja.

2. Kemudian tabur saja garam ini atas rumput yang meliar sekeliling rumah. Boleh tabur atas rumput tepi pasu yang malas kita cabut. Tabur rata-rata ya.

3. Kalau cuaca panas keesokan harinya rumput akan menguning dan kering. Tapi garamnya masih ada.

4. Kawasan yang ditabur dengan garam ini, rumputnya akan ambil masa yang lama untuk tumbuh semula.

5. Rumput yang kering tadi akan mati dan reput hingga kita tak nampak lagi.

Selain itu, ia juga dapat menghindarkan masalah siput babi, lipan dan juga haiwan berbisa.

@kebunkecilkaktin #gengkebun #jomkebun #mencariredhaallah #tiktokguru_malaysia #fyp ♬ Sayunk I Love You Raya – Chombi

Baca:

Kakak Neelofa kongsi rahsia kekal ramping dan sihat

Kisah Pak Din dari Pendang, ‘gelandangan mewah’ 18 tahun tinggal dalam kereta

Patut pun Israel takut, kehebatan terowong Hamas buat zionis terkejut