Realtime website trackingweb stats

Graduan Universiti pilih jadi pemandu bas dari jadi kerani, ditawar gaji 5 angka rupanya

Oleh FATIN AQILAH

Siapa sahaja tidak mahu gaji tinggi dalam keadaan ekonomi sekarang, sehingga sanggup mengenepikan subjek yang diambil semasa di peringkat universiti.

Kalau gaji dalam bidang sendiri pastinya adalah lebih rendah hingga ramai membuat keputusan untuk beralih arah kepada menjadi pemandu bas.

Sebuah syarikat bas tempatan menarik lebih 1,400 permohonan setakat ini apabila menawarkan gaji lumayan sehingga SG$5,000(RM17,350)

Hampir separuh daripada mereka yang memohon adalah rakyat Singapura atau penduduk tetap lapor akhbar Shin Min Daily News.

Pada Disember tahun lalu, syarikat bas swasta, Westpoint Transit telah mengumumkan pengambilan pekerja baharu dengan tawaran gaji tinggi.

Graduan Universiti pilih jadi pemandu bas dari jadi kerani, ditawar gaji 5 angka rupanya

Mereka menetapkan kadar gaji sekurang-kurangnya SG$3,500 (RM12,144) untuk pemandu bas saiz sederhana dan SG$5,000 bagi bas sewa khas 45 tempat duduk.

Tidak hanya itu, mereka yang diambil bekerja juga layak menerima bonus antara SG$7,500 (RM26,000) hingga SG$10,000 (RM34,698) bergantung kepada saiz bas.

Calon yang berjaya perlu bekerja dengan syarikat berkenaan untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun.

Kesemua 30 calon yang berjaya setakat ini ialah warga Singapura termasuk lima graduan universiti.

Pengarah Westpoint, Lionel Lee berkata, syarikat berkenaan telah menerima 1,478 permohonan setakat ini.

“45 peratus ialah warganegara atau penduduk tetap Singapura,” katanya.

Menurut Lee, 45 peratus pemohon lain adalah dari Malaysia, manakala bakinya pula dari China, India, Myanmar dan beberapa negara lain.

Baca juga: ‘Harta paling bernilai..’ Ini sebab Kod K dan H pada kad pengenalan orang Borneo