Baru-baru ini, tular sebuah video di platform Instagram yang memaparkan temubual bersama
Beberapa pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang mengambil jubah untuk konvokesyen mereka.
Dalam video tersebut, pelajar-pelajar tersebut ditanya tentang perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk persiapan hari konvokesyen,
Dan ramai antara mereka mengaku sanggup berbelanja besar sehingga mencecah RM1500.
Ada juga yang mendedahkan bahawa mereka ‘ditaja’ oleh teman lelaki untuk menampung kos tersebut.
Menurut salah seorang pelajar, kos perbelanjaan mereka melibatkan pelbagai perkara seperti baju berharga RM200, makeup sekitar RM200, jurugambar RM250, dan sewa rumah dalam RM170. Jumlah keseluruhan perbelanjaannya adalah lebih RM1,000.
Sementara seorang lagi pelajar yang berbelanja sehingga RM1500 menjelaskan bahawa wang tersebut digunakan untuk membeli baju, kasut baru, serta solekan bagi hari bersejarah itu.
Teman Lelaki Taja Kos Konvokesyen
Satu perkara yang menarik perhatian ramai adalah pengakuan seorang pelajar yang mengatakan bahawa dia ditaja sepenuhnya oleh teman lelaki, hanya perlu mengambil wang dari pasangannya untuk menyelesaikan persiapan konvokesyennya.
“Saya kena sponsor, semua teman lelaki saya yang sediakan. Saya tinggal ambil duit je,” kata pelajar tersebut.
Reaksi netizen di ruangan komen menunjukkan bahawa ramai yang terkejut melihat jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelajar-pelajar itu untuk menyambut hari konvokesyen mereka.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang berpendapat bahawa tidak ada masalah bagi pelajar-pelajar tersebut untuk berbelanja besar bagi merayakan pencapaian mereka, kerana konvokesyen adalah satu acara sekali seumur hidup yang sangat bermakna.
BACA: Cara buat sendiri susu pisang di rumah paling penting rasa asli