Gempar! Saksi beritahu Ebit ajak tukar pasangan buat seks

Oleh ADINDA

Seorang individu yang menjadi saksi dalam kes gangguan seksual yang melibatkan Ebit Lew memberitahu mahkamah bahawa pendakwah tersebut mencadangkan untuk bertukar pasangan dengan dia bagi tujuan melakukan hubungan intim.

Individu yang menjadi saksi kesembilan dan juga pengadu itu menceritakan kejadian tersebut semasa memberi keterangan mengenai tangkapan skrin mesej WhatsApp yang diterimanya di Mahkamah Majistret Tenom.

Seorang wanita berusia 40-an itu menceritakan kepada mahkamah bahawa dalam mesej WhatsApp yang diterimanya, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, mengajaknya untuk bertukar pasangan.

Baca Artikel Penuh