Antara cabaran selepas menggoreng di dapur adalah membersihkan sisa makanan yang melekat pada kuali.
Biasanya, kita perlu merendam atau menyental dengan kuat untuk mengatasi masalah ini.
Namun, menerusi satu hantaran di laman Facebook oleh Fara Amirullah, ada dikongsi satu penyelesaian yang berkesan untuk masalah ini.
“Saya panggil teknik ini sebagai ‘garu’ kuali. Walau apa pun yang digoreng, sisa makanan tidak akan melekat.
Petua ini saya dapat dari ibu saya dan sudah lama dipraktikkan,” kata Fara.
Teknik ‘menggaru’ kuali sebelum mula menggoreng.
Menurut Fara, langkah ‘menggaru’ kuali ini bertujuan untuk meratakan minyak masak secara sekata di seluruh permukaan kuali.
“Cara ‘garu’ kuali ini sangat mudah. Gunakan hujung sudip untuk menggosok permukaan kuali yang sudah dipanaskan dengan minyak. Lakukan dengan hati-hati beberapa kali agar minyak tidak terpercik.
“Jika rasa tidak selesa dengan bunyi geseran besi, boleh gunakan sudip kayu sebagai alternatif,” jelasnya.
BACA: Tips Mengatasi Masalah ‘Memori Penuh’ Pada Telefon Pintar