Realtime website trackingweb stats

Garing, rangup & tak berminyak! Individu kongsi resipi bancuhan tepung goreng cempedak

Oleh NURAIMAN

Aroma wangi cempedak dapat membangkitkan kenangan manis ibu-ibu.

Apabila menggoreng cempedak, teknik penggunaan campuran tepung dengan betul dapat meningkatkan kesedapan rasa buah cempedak tersebut.

Seorang peniaga bernama Ahmad Shukri Amiruddin telah berkongsi resepi untuk membuat campuran tepung cempedak yang garing, rangup, dan tidak berminyak.

“Ini resepi yang saya guna untuk berniaga cempedak goreng di warung saya setiap kali musim cempedak. Amat mudah sekali bahan-bahannya.”

“Resepi turun temurun dari keluarga, cara orang kampung goreng cempedak supaya cempedak garing, rangup tidak berminyak.”

Garing, rangup & tak berminyak! Individu kongsi resipi bancuhan tepung goreng cempedak

“Yang penting tidak menggunakan soda bikarbonat. Saya sertakan juga beberapa petua.”

Resepi cempedak goreng akan lebih sedap bila anda gunakan cempedak madu

Bahan-bahan:

  • Tepung Beras Sepeket untuk sebiji cempedak
  • Marjerin atau minyak 3 sudu
  • Air kapur makan 2 sudu
  • Garam secukup rasa.
  • 2 cawan air suam.
  • Kunyit 1 sudu kecil

Cara-caranya:

1. Gaul semua bahan-bahan di atas sehingga agak pekat. Jangan terlalu cair.

2. Panaskan minyak dan boleh goreng cempedak.

Petua Goreng Cempedak

1. Pastikan tidak merendam cempedak dalam adunan tepung kerana ia akan menyebabkan cempedak mengembang dan menjadi berminyak.

2. Lebih baik, celupkan cempedak dalam tepung dan terus goreng.

3. Elakkan menggoreng cempedak dalam jumlah yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan cempedak melekat dan kulit tepung akan terkoyak.

4. Pastikan konsistensi tepung adalah pekat untuk menghasilkan cempedak yang cantik dan rangup.

5. Tambahkan air kapur makan ke dalam tepung untuk meningkatkan kerangupan tepung.

Selamat mencuba!

Baca:

Ramai persoal boleh ke KJ jadi pelakon, ini komen Erma Fatima

Misi Bantuan Kemanusiaan Kecemasan 110 bukti PM Anwar serius bantu rakyat Palestin

Keadaan semasa tak menentu, Selangor FC sah tidak hadir Piala Sumbangsih 2024