Gara-gara terlampau banyak lipas di rumah, lelaki jadikan lipas sebagai hidangan menyelerakan. lelaki itu kongsikan rasa sebenar..
Dek kerana pembiakan lipas yang berleluasa, seorang lelaki yang berasal dari Taiwan, China bertindak untuk memasak dan memakan lipas yang dicampur telur dadar.
Telur dadar lipas
Menerusi laporan Taiwan English News, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sun Kuocheng ditemu bual oleh laman berita setelah videonya menjalankan ekpserimen tular di media sosial.
Saya berkongsi resipi itu di media sosial. Awalnya, ramai yang tidak percaya sehinggalah melihat sendiri video saya menjamah hidangan tersebut.
Difahamkan, lelaki tersebut membiarkan lipas dari spesies Dubia itu membiak sebagai makanan untuk haiwan peliharannya, namun, pembiakkan itu jadi terlalu cepat.
Oleh kerana itu, Sun mengambil keputusan untuk makan serangga tersebut.
Dalam pada itu, Sun turut berkongsi rasa lipas yang disamakan seperti udang dan mempunyai sedikit rasa cendawan.
Selama beberapa hari menjamah lipas, Sun memaklumkan bahawa dia merasakan badannya mengalami perubahan di mana dirinya cepat kenyang dan tidak perlu makan dengan banyak