Gara-gara Presiden China, banyak jalan ditutup, ini sebabnya ramai tak tahu. Minggu ini, ramai netizen ‘meletup’ di media sosial—bising pasal jalan tutup, trafik sesak luar biasa gara-gara lawatan Presiden China ke Malaysia. Ada yang marah, ada yang sinis, siap kata negara kita “terlalu mengampu” atau kononnya ini bentuk penjajahan baru.
Tapi tunggu dulu geng, tarik nafas… relaks.
Sebelum kita terjun ke kesimpulan penuh emosi, apa kata kita tengok hal ini dari sudut fakta dan perspektif lebih luas.
1. Presiden China Bukan Pelancong Biasa
Lawatan ni bukan sebab Xi Jinping datang shopping beg MommyHana kat IOI Mall untuk cucu dia.
Ini lawatan rasmi orang nombor satu dari negara kedua paling berkuasa di dunia.
Dan lawatan macam ni tak boleh main-main. Beliau bukan VIP biasa – beliau VVIP paling berisiko tinggi.
Bayangkan, dia ni antara target utama pengganas, perisik antarabangsa dan pembunuh upahan.
Sebab tu kawalan keselamatan dia gila ketat — sniper, dron, helikopter, semua on standby.
Kalau kita jadi tuan rumah, takkan nak sambut tetamu penting dengan sambil lewa?
2. Protokol Keselamatan = Maruah Negara
Kalau ada apa-apa jadi pada Presiden China atas tanah kita, Malaysia bukan saja dimalukan, tapi reputasi diplomatik kita tercalar teruk.
Contoh paling dekat – kes Kim Jong-nam di KLIA dulu. Sekali insiden, terus hubungan Malaysia-Korea Utara putus.
Lawatan ini bukan sembarangan – ia menguji tahap keselamatan negara kita.
Gagal urus = malu besar.
3. China = Rakan Dagang No.1 Malaysia
Ramai tak sedar, China dah 15 tahun jadi rakan dagang terbesar Malaysia.
Jumlah dagangan? Lebih RM850 bilion — bukan Shopee Coins ya.
Kita eksport macam-macam ke China:
🔹 Minyak sawit
🔹 Semikonduktor
🔹 Komponen elektrik
🔹 Hasil pertanian
Lawatan ni platform untuk bincang benda besar:
📌 Pelaburan baharu
📌 Kerjasama teknologi
📌 Projek infrastruktur
📌 Peluang perniagaan
Jadi kalau sangkut jem dua jam tapi ekonomi naik RM2 bilion – tak ke berbaloi?
4. Malaysia = Pemimpin ASEAN Sekaran
Tahu tak? Malaysia kini Pengerusi ASEAN.
Lawatan Xi Jinping bukan sekadar untuk Malaysia, tapi beri kesan besar pada kestabilan dan hala tuju serantau.
Apa yang dibincangkan dalam bilik mesyuarat boleh buka pintu untuk lebih banyak pelaburan dan peluang bisnes bagi negara-negara ASEAN yang lain juga.
Apa Yang Kita Boleh Belajar?
✔ Kadang-kadang benda yang menyusahkan sekejap, itulah yang bantu negara kita dalam jangka panjang.
✔ Diplomasi ini seni – silap langkah, kesannya global.
✔ Hormat tetamu, baru orang luar boleh hormat kita.
✔ Dan paling penting… sabar tu kekuatan. Jangan sembur dulu, selidik dulu.
Kesimpulan?
Jalan jem tu memang leceh. Tapi kalau kita gagal urus lawatan penting macam ni dengan penuh hormat dan keselamatan tinggi, impaknya boleh ganggu masa depan negara bukan dua jam, tapi dua dekad.
BACA JUGA :
Kerajaan China tawar ganjaran RM900 untuk pasangan yang daftar kahwin
Sperma ‘paling cergas’ dicari, pelajar universiti China boleh dapat lebih RM1,300 derma sperma