Entah kenapa ganas betul anjing peliharaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden apabila seorang demi seorang pegawai di White House kena gigit.
Pada 25 September lalu, kira-kira pukul 8 malam (waktu tempatan) seorang lagi kakitangan Agensi Perkhidmatan Rahsia AS digigit anjing baka Jerman Shepherd diberi nama Commander itu.
Commander merupakan anjing peliharaan Biden yang kedua berkelakuan agresif. Anjing peliharaan pertamanya bernama Major sudah dihantar ke Delware selepas menggigit pegawai White House.
Ketua komunikasi agensi itu, Anthony Guglielmi mengesahkan Commander telah menggigit seorang pegawai beruniform menyebabkan kakitangan itu terpaksa dirawat segera.
Sementara itu, pengarah komunikasi bagi wanita pertama AS, Jill Biden iaitu Elizabeth Alexander, White House boleh menjadi persekitaran yang mencabar dan tertekan untuk haiwan peliharaan keluarga.
Menurutnya, keluarga Presiden AS yang sudah berusia 80 tahun itu terus berusaha mencari jalan untuk membantu Commander mengendalikan sifat yang tidak dapat dijangkakan di kawasan White House.
“Keluarga Biden sangat menghargai dan berterima kasih kepada Agensi Perkhidmatan Rahsia dan kakitangan kediaman eksekutif untuk semua usaha yang dilakukan bagi memastikan mereka, keluarga dan negara selamat,” katanya, lapor The Guardian.
Punyalah garang lagi ganas Presiden AS ke-46 ini. Commander pernah menggigit atau menyerang kakitangan Perkhidmatan Rahsia sekurang-kurangnya 10 kali.
Kejadian itu direkodkan Jabatan Keselamatan Dalam Negara berlaku antara Oktober 2022 dan Januari 2023.
Malah, terdapat kes serangan Commander menyaksikan seorang pegawai penguatkuasa undang-undang yang cedera terpaksa dikejarkan ke hospital.
Baca:
Tak perlu rimas lagi dengan rumput keliling rumah, ini cara paling mudah guna garam saja
Jiran selamba buat kelas senaman di laluan masuk rumah, ini ‘ubat’ dia yang pentingkan diri