Buat pinjaman memang perkara biasa terutama dalam pembelian kereta atau rumah.
Tetapi, jika tidak dapat mengawal nafsu, ia boleh menjadi jerat di masa akan datang.
Seorang perunding kewangan menceritakan kisah seorang kakitangan kerajaan yang mohon pinjaman baru walaupun komitmen bulanan sudah tinggi.
Seorang kakitangan kerajaan ingin membuat pinjaman peribadi baru.
Apabila diminta maklumat, perunding itu terkejut apabila tahu gaji kakitangan itu RM4,500, tetapi selepas tolak komitmen, hanya tinggal RM700.
Secara keseluruhannya, hampir 90% daripada gaji penuh, iaitu RM3,800, telah digunakan untuk bayar komitmen bulanan.
“Gaji dia RM4.5K, lepas tolak itu ini, tinggal RM700 je. RM3.8K deduction. Gila!!!” kongsi perunding itu.
Permohonan pinjaman itu akhirnya dibatalkan, dan agak mengejutkan apabila pemohon baru mempunyai seorang anak tetapi komitmen sudah tinggi.
Ciapan tersebut menarik perhatian netizen, yang terkejut masih ada yang tambah pinjaman walaupun komitmen tinggi.
Ramai juga risau dengan keberhutangan kewangan yang semakin serius di kalangan kakitangan awam kerana pinjaman mudah diterima.
“Keberhutangan serius. Tak boleh lebih dari 60% dari gaji,” kata seorang netizen.
“Ramai ada mindset kerja kerajaan senang nak pinjam. Itu salah satu sebab keberhutangan tinggi di kalangan kakitangan awam,” kata netizen lain.
“Betul. Ramai terperangkap dengan hutang sebab senang nak berhutang. Tak pernah tengok Shopee PayLater, GrabPayLater lagi,” tambah netizen.
“Menikmati sisa-sisa hidup selepas bersara tanpa hutang adalah satu nikmat yang sangat berharga, kepala tenang,” nasihat seorang netizen tentang kebebasan tanpa hutang.
Akhir kata, netizen menasihati supaya lebih bijak dalam pengurusan kewangan kerana tiada jalan pulang jika sudah muflis.