Bergantung kepada pandangan setiap individu, isu gaji bakal suami mungkin merupakan perkara penting yang perlu dibincangkan
sebelum memutuskan untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Setiap orang mempunyai keutamaan yang berbeza
Dalam kes wanita ini, dia sangat menekankan aspek gaji pasangan dalam keputusan hidupnya.
Menurut luahan di laman TikTok, wanita ini mendedahkan bahawa dia telah menolak lamaran seorang lelaki yang bekerja dalam sektor ketenteraan.
Walaupun lelaki tersebut sudah berpangkat Koperal, dia tetap menolak selepas memeriksa slip gaji lelaki itu yang hanya berbaki RM799 sebulan.
Katanya, jumlah tersebut belum ditolak dengan komitmen pinjaman lain.
“Lelaki itu mempunyai gaji yang kecil, malah terpaksa meminjam wang saya untuk perbelanjaan harian. Saya berhak untuk menentukan siapa yang layak menjadi pasangan hidup saya.”
Selain faktor gaji yang rendah, terdapat beberapa tanda amaran lain yang menyebabkan wanita ini menolak lamaran tersebut.
Antaranya, lelaki itu sering meminjam duit daripadanya hanya untuk menampung kos makanan. Walaupun bukan mahu berprasangka buruk, wanita ini enggan dibebani dengan masalah kewangan jika mereka berkahwin nanti.
“Dalam perbualan di WhatsApp, lelaki itu berusaha keras untuk meyakinkan saya bahawa dia boleh membahagiakan saya walaupun gajinya kecil.
Namun, setelah mempertimbangkan sikap buruknya, termasuk tabiat berjudi dan kaki perempuan, saya membuat keputusan untuk menolak ajakannya.”
BACA: Ini cara lajukan balik kipas di kampung yang slow tak boleh bawak bincang