Gadis umur 13 tahun bergaduh berebut abang angkat

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Sebuah klip video yang memaparkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun ditampar dan dipijak tular di laman Twitter dalam satu insiden yang dilaporkan berlaku di Kelana Jaya, di sini, semalam.

Video tular yang berdurasi 2 minit 20 saat itu menunjukkan seorang remaja memakai baju berwarna kuning menarik rambut mangsa sehingga membuatkan dia terduduk sebelum memijak, menarik rambut dan menampar kepala mangsa.

Turut kedengaran suara beberapa remaja ketawa beramai-ramai dan bertepuk tangan apabila melihat rakan mereka mengasari mangsa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam, mangsa mendakwa diserang dan dikepung remaja terbabit bersama empat lagi remaja perempuan berusia 12 hingga 13 tahun berdekatan tangga sebuah pangsapuri di Kelana Jaya.

Video: menunjukkan seorang budak perempuan (baju kuning) cuba untuk memukul dan melepaskan kemarahannya kepada seorang budak perempuan (baju hitam belang)

Video itu telah mendapat lebih 1 juta tontonan di twitter oleh pengguna media sosial sejak dimuat naik pemilik akaun bernama @4rshrf semalam.

Mangsa mendakwa remaja terbabit menuduh dia mempunyai hubungan dengan seorang remaja lelaki (abang angkat) berusia 16 tahun.

Gambar: menunjukkan hospital yang mangsa pergi untuk mendapatkan rawatan

Menerusi rajutan di laman Twitter berkenaan, mangsa dikatakan mengalami beberapa kecederaan seperti bengkak pada bahagian leher serta kepala dan telah mendapat rawatan di hospital berhampiran.

Selepas video tersebut tular, seorang remaja dipercayai menjadi ‘ketua’ dalam insiden serangan itu menafikan kejadian disebabkan berebut teman lelaki sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham berkaitan penyebaran fitnah.

Namun, melalui Instagram miliknya, dia mengaku perbuatannya memukul mangsa kerana didorong perasaan marah dan geram.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakrudin Abdul Hamid berkata, kesemua suspek yang disyaki terlibat telah dikenal pasti untuk siasatan lanjut.

“Semasa kejadian terdapat rakan suspek merakam perbuatan itu dan menyebarkannya di kumpulan aplikasi WhatsApp dan laman Instagram suspek.”


Gambar: Kenyataan dari pihak polis berkaitan dengan kes tersebut.

“Pihak polis menasihati masyarakat supaya menghentikan penularan rakaman video tersebut
memandangkan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.”- K! ONLINE

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
Email NextStepMalaysia: [email protected]