Realtime website trackingweb stats

Gadis lasak dan pandai masak ini ceria jalani hidup meniti usia 30 tahun, lucu bebelan sempena hari lahirnya

Oleh AHMAD ISMAIL

Gadis TikTokers ini sebenarnya juga pempengaruh apabila perkongsian videonya mengenai resepi masakan dan aktiviti lasaknya termasuk ‘terbang’ di awan menjadi tontonan jutaan orang.

Berbeza dengan kebanyakan individu lain, Ume Cikin menerusi akaun TikTok yang disukai 14.6 juta pengguna media sosial itu dikenali sebagai petah bercakap disulami kata-kata berbaur lawak.

Mana tidaknya, setiap perkongsian video oleh usahawan yang menjual acar ikan masin ini memang tidak jemu ditonton lantaran nilai humor yang terselit.

Malah, kapsyen profil dalam akaun gadis bertubuh kecil yang kuat berseloroh itu pun sudah bernada lucu.

“Saya jual acar ikan masin sebab nak beli Vellfire. Nanti boleh riak dengan orang kampung,” katanya.

Tidak seperti majoriti wanita lain yang bimbang umur sebenar diketahui umum, Ume Cikin berterus terang saja mengenai usianya yang mula menjejak angka tiga pada 16 Oktober.

Ikuti ‘bebelan’ anak keturunan Jawa di Johor ini yang bercerita mengenai ibunya tiba-tiba mengucapkan selamat ulang tahun kelahirannya yang ke-30:

Tadi mak aku tiba-tiba cakap gini,

Gadis lasak dan pandai masak ini ceria jalani hidup meniti usia 30 tahun, lucu bebelan sempena hari lahirnya Umi Cikin

“Selamat hari kelahiran Kin”

Aku macam tak percaya dengar mak aku cakap begitu. Yelah, mak aku tarikh lahir dia sendiri pUn tak ingat. Ni tiba-tiba wish birthday aku. Takkan tiba-tiba dia ingat tarikh lahir aku pula.

“Kenapa mak cakap macam tu? Macam mana mak tahu hari ni hari jadi kita?” Aku tanya mak aku.

“Eh, aku baca dalam grup wasaplah. Budak-budaknya (read: adik beradik aku) cakap hari ni hari jadi ko”.

Hmmm… ingatkan mak aku memang ingat tarikh lahir aku. Kalau mak aku ingat tarikh lahir aku, 7 keajaiban dunia tu dah boleh tambah jadi 8 keajaiban dunia.

Mak aku tanya lagi,

“Eeee, tak sangka ek. Berapa umur ko sekarang?”

Entah apa yang tak sangka aku pun tak tahu. Tiba-tiba tak sangka mak aku ni.

“Mak.. mak… cuba mak teka umur kita berapa?”

“Entah tak tahu. Berapa umur ko? 25 agaknya”

Nak nangis dengar mak aku cakap umur aku 25. Tak tahulah nak nangis sebab mak aku tak ingat umur aku berapa, atau pun nak nangis kegumbiraan sebab terasa muda.

Gadis lasak dan pandai masak ini ceria jalani hidup meniti usia 30 tahun, lucu bebelan sempena hari lahirnya Umi Cikin

“Umur kita 30 lah mak”

“Eeee… tak sangka ko dah 30”

Tak sangka lagi mak aku ni…

“Kan mak, tak sangka kan umur kita dah 30. Tak nampak macam 30 kan mak. Nampak muda kan mak… kan mak… kan mak”.

“Ha’ah. Macam budak-budak je aku tengok. Jingkla’an rono reneh”

Eleh mak, kalau jeles, cakap jeles mak.

Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri, blessed 30. Semoga hidup aku sentiasa diberkati dan sentiasa chill.

Sumber: https://www.tiktok.com/@umeazhar

Baca:

“Ini satu penghinaan terbuka, tunggu saman saya”- Aishah

Marah harga gula mahal tapi rupanya lelaki ini beli gula premium, memang padan kena kecam netizen

Banyak cerita pasal R&R Perasing, pemandu ini dakwa lorinya dicakar, identiti penunggang EX5 masih misteri