Realtime website trackingweb stats

‘Frust’ bila masak tempe lemau? Ikuti tips ini agar tempe kekal segar dan berlemak

Oleh ADINDA

Tempe akan sentiasa segar jika disimpan dalam bilik selepas dibeli selama 2-3 hari.

Biasanya, tempe akan berkulat dan berbau busuk sebelum sempat dimasak.

Hal ini berlaku kerana kadang-kadang kita lupa untuk memasak walaupun sudah membeli bahan-bahan basah dan kering seperti tempe.

'Frust' bila masak tempe lemau? Ikuti tips ini agar tempe kekal segar dan berlemak

Dalam artikel ini, anda akan tahu bagaimana cara menyimpan tempe supaya tidak cepat berkulat dan berbau busuk.

Anda hanya perlu menggunakan garam halus dan bekas kedap udara untuk menyimpan tempe.

1. Ambil bekas dan taburkan garam halus di bahagian bawahnya.

2. Letakkan tempe ke dalam bekas, anda boleh memotongnya terlebih dahulu atau letakkan secara langsung.

Biasanya memotongnya untuk memudahkan penyimpanan.

3. Taburkan sedikit garam lagi di atas tempe dan tutup bekas dengan rapat.

Anda boleh menyimpan tempe ini pada suhu bilik selama 2-3 hari atau dalam peti sejuk selama seminggu.

Semoga penjelasan ini bermanfaat dan tidak lagi terdapat masalah tempe yang rosak di rumah anda.

Baca:

Banyak kes ular di kawasan bandar, ini amaran APM berikutan cuaca panas

Job kayangan? Haziq dedah bayaran sebenar jadi penyanyi diraja

Ramai teringin nak jadi menantu selepas Khairul Aming hadiahkan ibu barangan kemas