Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara – Dr Noor Hisham

Oleh NOR SITI HAZLINDA

KUALA LUMPUR: “Bantulah selamatkan sistem kesihatan negara yang bakal lumpuh dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP) sekiranya peningkatan kes tidak terkawal Sekiranya kami rebah, anda & keluarga mungkin tidak akan menerima rawatan yang sebaiknya. Jika lebih malang, tiada lagi katil di hospital. Apatah lagi jika anda tenat & kritikal.”

Itu rayuan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitternya.

Sehingga semalam juga, jumlah pesakit yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencecah 846 kes dengan 419 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

Negara terus merekodkan peningkatan kes baharu sebanyak 6,9993 kes termasuk enam kes import semalam kini merekodkan 2,729 kematian sejak pandemik dikesan di negara ini awal tahun lalu dengan 79 kematian dilaporkan semalam.

Menerusi hantaran sebelum ini, Dr Noor Hisham mahu semua pihak untuk sama-sama berperanan dalam mendepani krisis COVID-19.

Tegasnya, penularan COVID-19 di negara ini semakin membimbangkan dan tidak mustahil jumlah kes akan terus meningkat sehingga menyebabkan katil di ICU, hospital COVID-19, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 semakin berkurangan dan tidak mencukupi.