Ford Raptor adalah nama model yang digunakan oleh Ford Motor Company pada trak pikap “berprestasi tinggi”. Digunakan sejak tahun model 2010, Raptor adalah versi berprestasi tertinggi Ford F-150 dan Ford Ranger. Mendapatkan namanya daripada dua spesis burung pemangsa dan velociraptor, garis model dimaksudkan sebagai rakan jalanan trak lumba luar lumba jalan raya . F-150 Raptor kini sudah masuk generasi kedua; Ranger Raptor diperkenalkan pada tahun 2019 (di pasaran di luar Amerika Utara).
PENAMPILAN AGRESIF
Dioptimumkan untuk penggunaan di luar jalan raya (off-road), bahagian roda Ranger Raptor dipasangkan rim aloi rekaan khas, Raptor 17-inci dan dibalut tayar all-terrain BF Goodrich 285/70 R17. Sistem pembrekan menggunakan brek cakera 332mm dengan kaliper brek 2-piston di depan, dan brek cakera 332mm dengan kaliper master di belakang. Model ini juga dilengkapi dengan enjin paling kuat yang terdapat dalam barisan F-150 / Ranger. Seiring dengan fender yang lebih luas, Raptor dilengkapi dengan grilnya sendiri, menggantikan lambang Ford Blue Oval dengan huruf besar “FORD” di gril.
PRESTASI OFF-ROAD LEBIH LASAK DAN LANCAR
Model ini dirombak secara besar-besaran daripada Ranger T6, dan dibekalkan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel berkuasa 210hp dan tork 500Nm. Padanan kotak gear automatik 10-kelajuan menawarkan nisbah gear lebih lancar selain menambah baik aspek pecutan dan respon kuasa, manakala anjakan transmisi jadi lebih pantas.
Sistem transmisi trak pikap itu juga dimuatkan sistem anjakan gear adaptif serba baharu yang membolehkan transmisi ditukar tepat pada masanya. Pedal syif dijadikan ciri standard bagi memudahkan pemanduan manual.
TEKNOLOGI PEMANDUAN CANGGIH
Ranger Raptor (2018) menawarkan Sistem Pengurusan Rupa Bumi atau Terrain Management Sistem (TMS) dengan 6 mod pemanduan yang terbahagi kepada dua opsyen utama.
Opsyen pertama ada 2 mod: Normal dan Sport, manakala opsyen kedua terbahagi kepada 6 mod off-road: Grass | Gravel | Snow, Mud | Sand, Rock dan Baja.
Ford Ranger Raptor dijual dengan harga bermula RM208,888 (atas jalan, tanpa insurans) dengan empat pilihan warna iaitu Ford Performance Blue, Conquer Grey, Absolute Black dan Arctic White.
Ford Malaysia (Sime Darby Auto Connexion) hari ini telah melancarkan varian baharu Ford Ranger iaitu Ford Ranger Raptor 2019 ini sempena Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018)pada November 2018.
Baru-baru ini Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia melancarkan pula Ford Ranger Raptor X Edisi Khas Baharu untuk pelanggan di Malaysia dengan warna baharu True Red, menjadikan Raptor merah pertama diperkenalkan di pasaran.
Ford Ranger Raptor X Baharu Edisi Khas didatangkan dengan kamera 360-darjah. Teknologi ini menggabungkan beberapa
kamera video untuk memberikan liputan masa nyata sekeling kedudukan kenderaan dengan harga RM216,888.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelanggan yang mahu tahu mengenai pembelian Ranger Raptor baharu digalakkan berhubungsecara digital menerusi ‘Jurujual Digital’ yag baru sahaja dilancarkan, WhatsApp Live Chat.
‘Jurujual Digital’ itu akan membantu menjawab semua pertanyaan pelanggan mengenai produk dan promosi ditawarkan berlangsung, termasuk senarai harga kenderaan.
Kalau nak test drive kenalah tunggu selepas tamat PKP dan lock down 2.0 ini ya melainkan anda seorang Menteri Besar. Ops 🤭
Sumber: paultan.org, wikipedia