Realtime website trackingweb stats

‘Follow’ tips ini jika anda jenis pentingkan penjagaan dalaman kereta

Oleh HADI KAMARUDIN

Seperti yang kita semua tahu, memiliki sebuah kereta sudah menjadi keperluan asas bagi setiap keluarga.

Kereta ini sangat penting untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, pergi ke pasar, atau sekadar keluar bersantai.

Jika rosak, bermakna segala aktiviti pada hari tersebut akan terjejas sepenuhnya.

Oleh itu, penting untuk memberi keutamaan kepada penjagaan kenderaan agar ia dapat berfungsi dengan baik.

Penjagaan yang teliti juga dapat memastikan kenderaan itu akan bertahan lebih lama, kecuali jika berlaku kerosakan yang serius.

‘Follow’ tips ini jika anda jenis pentingkan penjagaan dalaman kereta

Boleh ke cuci enjin kereta? ‘Follow’ tips ini jika anda jenis pentingkan penjagaan dalaman kereta

Salah satu bahagian yang sangat penting untuk dijaga dengan baik adalah enjin kerana ia berfungsi sebagai jantung kepada kenderaan.

Apabila terdapat kerosakan pada bahagian ini, anda perlu bersedia untuk membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membaikinya.

Kerosakan pada enjin boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, salah satunya ialah semasa bahagian tersebut dibersihkan.

Penting untuk pastikan orang yang pandai melakukannya membasuh bahagian enjin.

Kalau air masuk ke bahagian yang tak patut, enjin boleh rosak.

Jadi, @cheguautodetailing di TikTok kongsi tips untuk bersihkan enjin kereta.

Katanya, petua-petua yang dikongsi bertujuan untuk memastikan kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan baik dan menjaga enjin daripada kerosakan.

Berdasarkan perkongsian itu, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah menyemak meter kenderaan.

Dengan memeriksa petunjuk yang terdapat pada meter, anda boleh mengesan sebarang masalah yang mungkin timbul pada enjin.

Sebelum membersihkan enjin, pastikan enjin berfungsi dengan baik tanpa sebarang masalah.

Selepas itu, biarkan enjin sejuk dan periksa bahagian hardness dan soket untuk memastikan tiada kerosakan yang ketara.

Kemudian, pastikan bahagian penting seperti kotak fius dan penapis udara ditutup dengan rapat sebelum membersihkan enjin.

Beliau juga berkongsi senarai bahan yang diperlukan untuk membersihkan enjin.

“Bahan-bahan yang saya pakai biasanya, engine degreaser atau yang jenis all purpose, berus dan juga wash mitt. Untuk kerja basuhan, pertama kali kita basahkan permukaan enjin.

“Kemudian ambil all purpose dan sembur di keseluruhan bahagian enjin,” terang beliau.
Selepas itu, guna berus untuk membersihkan kotoran yang ada pada bahagian enjin.

“Lepas kita dah siap basuh, kita bilas dengan air. Korang jangan tembak terlalu dekat, sebab ini pressure water jet.

“Kita takut air tu boleh masuk ke celah-celah yang kita tak nak. Kita jangan bagi dia tekanan, ambil jarak sikit,” katanya.

Enjin perlu betul-betul kering, terutamanya bahagian-bahagian penting, sebelum dihidupkan.

Dia kata, kalau bawak enjin ke kedai, mereka akan bagi enjin tu coating supaya nampak lagi bersinar dan cantik lepas dibersihkan.

Baca :Pemuda dedah ‘kisah gelap’ pemilik rumah anak yatim di Malaysia, buat duit juta-juta