Heboh beberapa pemilik unit kediaman di Flat Kelumpuk Kemunting di Setiawangsa, Kuala Lumpur membuat penambahan ‘luar biasa’ terhadap struktur kediaman masing-masing.
Penambahan binaan pada unit mereka yang semestinya menelan kos yang besar mencetuskan persoalan berapa banyak sebenarnya pendapatan mereka.
Itulah sebabnya sistem Pangkalan Data Utama (PADU) penting untuk menyingkirkan mereka yang berduit lebih tetapi mungkin selama ini kenyang makan subsidi yang sepatutnya untuk golongan yang benar-benar B40.
Majoriti penghuni yang mendiami rumah bawah sudahlah melakukan penambahan struktur yang dianggap ‘luar biasa’.
Malah, unit atas pun sama buat penambahan binaan di bahagian tepi rumah!
Sehubungan itu, penduduk bimbang tindakan mereka yang sebenarnya berbahaya untuk jangka panjang akan ‘berjangkit’ kepada pemilik lain.
Paling dibimbangi jika berlaku perkara kecemasan, penduduk terdedah kepada risiko keselamatan.
Misalnya jika terjadi kebakaran, penambahan struktur hingga menjadikan unit kediaman mereka seperti kondominium mengakibatkan pihak bomba sukar untuk cepat menyelamatkan mangsa dan memadamkan api.
Penghuni yang dikenali sebagai Naim, 24, berpandangan tindakan pemilik rumah itu secara jelas telah melanggar peraturan dan ia juga tidak adil kepada jiran lain.
“Tindakan pemilik yang menambah struktur rumah mereka tidak mengikut spesifikasi amat berbahaya sekiranya berlakunya kebakaran.
“Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya turun padang dan melihat tindakan pemilik rumah yang menambah rumah mereka,” katanya, dipetik Harian Metro.
Pihak DBKL pastinya tidak akan berdiam diri selepas menerima aduan serta tular dilaporkan media.
Mungkin Aidilfitri kali ini, tahun terakhir penghuni rumah flat selera kondominium dapat berangan acah jadi kelas kayangan.
Selepas raya nanti, jangan terkejut dan memang patut DBKL buat pun dengan memecahkan bahagian penambahan rumah pemilik ini. Tunggu!
Baca:
Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu
Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta
3 tips kuruskan badan sebelum Hari Raya, rupanya boleh je makanan bergoreng tapi…