Sebelum ini, usahawan makanan viral, Kieda Crepe, telah memuat naik tangkap layar perbualan dia
dengan isteri pertama Abang Tesla, Majdina, di Instagram Story.
Dalam hantaran itu, Kieda memberi nasihat kepada Majdina dengan mendakwa
suaminya tidak menjaga kebajikan dan mengabaikan dia sebagai isteri pertama.
“Kak Maj, saya gugur suami support, kau gugur kau kawal mental health seorang diri.
Sedangkan suami kau sibuk melayan isteri yang lahirkan anak,” tulis Kieda.
Namun, perkongsian tersebut telah dipadam tidak lama kemudian.
Susulan itu, Abang Tesla tampil beri amaran untuk menyaman Kieda Crepe tersebut kerana fitnah.
“Janganlah nak kata suami awak seorang yang jaga. Saya jaga Kak Maj. Saya akan saman awak.
Awak boleh tanya sendiri dia, pergi tanya pihak hospital.
Saya ada dengan dia, tetapi saya tidak pernah buat video seperti yang awak lakukan,” kata Abang Tesla.
BACA: Rupa sama tapi rasa berbeza, baru tahu nak beli timun pun kena ada ilmu, bukan main ambil je!