Realtime website trackingweb stats

Firdaus Wong, Caprice dakwa pendakwah terkenal tawar duit kepada keluarga Mondy Tattoo supaya tutup mulut

Oleh SHAZLIN AZIZ

Firdaus Wong, seorang pendakwah bebas, telah menyuarakan kekecewaannya terhadap tindakan seorang individu yang didakwa sebagai seorang alim agama yang cuba menutup jenayah seksual yang dilakukan dengan memberi sogokan kepada keluarga mangsa.

Beliau, telah mengecam individu tersebut tanpa menyebut nama secara spesifik dan mencabar individu tersebut untuk bersemuka terus dengan mangsa jika dia benar-benar tidak bersalah dan ingin membuktikan dirinya.

“Offer (tawar) duit kepada ahli keluarga mangsa untuk mangsa tarik balik laporan? Dah takut ke?

Dalam satu hantaran di platform Instagram, Firdaus Wong mengkritik tindakan individu tersebut yang mencuba menawarkan wang kepada ahli keluarga mangsa untuk mendapatkan penarikan semula laporan.

Beliau mengajak individu tersebut untuk berani bersemuka dengan mangsa sebagai tindakan sebenar jika dia tidak bersalah.

Firdaus Wong menegaskan bahawa mereka akan terus berdiri bersama mangsa dan ahli keluarganya dalam menghadapi situasi ini.

Sementara itu, Caprice, seorang pejuang kemanusiaan, juga menyokong pandangan Firdaus Wong dan mengulangi hantaran tersebut melalui Instagram Story.

“Sabar Firdaus Wong. Cash is king (wang adalah segala-galanya). Tapi, kali ini I’m the chess board (bersedia dengan strategi),” tulis Caprice menerusi Instagram Story pada status Firdaus.

Caprice menegaskan bahawa wang mungkin adalah penting, tetapi dia bersedia dengan strategi dan tindakan yang perlu diambil untuk menyelesaikan isu ini.

Sebelum ini, negara telah dikejutkan dengan pengakuan seorang wanita kelahiran Indonesia yang pernah berpenampilan sebagai anak punk dan dikenali sebagai Mondy Tattoo.

Wanita ini mendakwa bahawa dia menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pendakwah bebas yang terkenal, Ebit Lew, beberapa bulan yang lalu.

Dia mendapat pertolongan daripada Ebit Lew yang membantunya mengubah imej menjadi seorang muslimah.

Walau bagaimanapun, kemudian, Mondy kembali kepada penampilan asalnya dan tidak lagi mengenakan tudung labuh seperti yang dilihat dalam media sosialnya.

Kejadian ini telah menimbulkan kontroversi dalam masyarakat.

Baca:

Jepun cipta bantal khas untuk tidur ‘puas’ di pejabat, siap ada ciri-ciri elak tanda tidur di wajah

Rupanya cermin bukan sekadar hiasan, ini 5 kepentingan letak cermin dalam rumah ramai tak tahu

Jepun dah catat suhu sangat panas selepas 125 tahun, ini 12 fakta pemanasan global patut kita insafi