Realtime website trackingweb stats

Fasi UiTM akhirnya tampil akui kesilapan sekali ada suara sumbang menjerit ‘Time ni la nak rekod’

Oleh AHMAD ISMAIL

Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila sebuah video memaparkan suasana semasa sesi orientasi di salah sebuah universiti awam di Johor menjadi tular.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa individu bertengkar sebelum situasi itu bertukar menjadi kejutan hari jadi (prank) salah seorang fasilitator.

Video yang viral itu membuatkan netizen mengecam tindakan fasilitator yang dianggap kebudak-budakan.

Selain itu, netizen turut mempersoalkan budaya orientasi yang dianggap hanya ‘syok sendiri’.

Pada hari terakhir orientasi, fasilitator yang terlibat dalam video viral itu tampil mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada semua pelajar baru.

Fasi UiTM akhirnya tampil akui kesilapan sekali ada suara sumbang menjerit 'Time ni la nak rekod'

Pihaknya mengakui bahawa mungkin ada yang berpendapat tindakan mereka melakukan prank adalah kurang sesuai. Walau bagaimanapun, mereka berharap semua pelajar baru menikmati sesi orientasi tersebut.

Mereka juga meminta maaf kerana isu yang viral itu telah mencemarkan nama baik organisasi dan program minggu destini siswa (MDS) secara keseluruhan.

baca:Rupanya pesawat diharamkan terbang diatas ruang udara makkah ramai nak tahu sebabnya