Realtime website trackingweb stats

Emilyn kalahkan hampir 35,000 peserta, murid Malaysia menang peraduan menulis tertua di dunia

Oleh ABDULLAH HAMID

Hampir 35,000 peserta tewas kepada Emilyn Ayra Khairul Hisham dalam peraduan menulis tertua di dunia.

Pelajar Sekolah Seri Puteri (SSP) Cyberjaya itu meraih Gold Finalist Award dalam pertandingan The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023.

Berita menggembirakan itu diumum menerusi Facebook rasmi sekolah berkenaan, 19 Oktober lalu.

“Beliau menang daripada penyertaan sebanyak 34,924 dari seluruh dunia. Pertandingan ini adalah anjuran The Royal Commonwealth Society. Alhamdulillah,” tulis hantaran tersebut.

Emilyn Ayra Khairul Hisham kalahkan hampir 35,000 peserta, murid Malaysia menang peraduan menulis tertua di dunia Emilyn Ayra Khairul Hisham kalahkan hampir 35,000 peserta, murid Malaysia menang peraduan menulis tertua di dunia

Perkongsian berkenaan turut memaparkan karya murid berkenaan yang bertajuk ‘Teen Superheros: A New World If You Can Take It’.

Orang ramai mengucapkan tahniah atas kejayaan Emilyn dan mendoakan semoga murid berkenaan terus menempa kejayaan pada masa akan datang.

The Queen’s Commonwealth Essay Competition merupakan peraduan menulis yang bermula sejak tahun 1883.

Peraduan ini merupakan satu platform yang penting untuk mengiktiraf pencapaian, mempromosi suara anak-anak muda dan mengembangkan kemahiran melalui penulisan kreatif.

Baca:

Tak berperang tapi curi duit orang beli iPhone, individu godam kad kredit rakyat Israel dikecam

Kerana minat, lelaki Malaysia jejak ‘Kak Ponti’ sampai ke Jepun, dua bulan kumpul duit tapi berbaloi

Yang mana letak gambar profil ada Menara Eiffel, dah boleh fikir dua kali lepas tengok gambar ini