Elok pula dia melekat di ketinggian 2,000 km, ‘keazaman’ tinggi lipas ini tumpang pesawat mencuit hati.
Kehadiran seekor lipas di luar tingkap kapal terbang yang berada pada ketinggian 2,000 kilometer telah mencuit hati pengguna media sosial apabila serangga itu mampu ‘melekat’ pada ketinggian tersebut.
Insiden itu dirakamkan seorang penumpang wanita ketika dia dalam penerbangan dari Shibaoshan ke Ningbo, wilayah Zhejiang dan melihat lipas dipercayai masih hidup melekat kemas pada luar tingkap tepi tempat duduknya.
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.
Kebanyakan komen menyatakan tidak percaya bahawa lipas masih boleh hidup pada ketinggian tersebut manakala selebihnya kagum dengan keazaman serangga itu untuk ‘melancong’ ke tempat lain.
“Penumpang tidak bertiket telah sampai ke destinasinya dengan selamat. Ia makhluk paling berkuasa di dunia,” kata seorang pengguna media sosial.
Terdapat juga komen menyatakan perasaan simpati terhadap nasib lipas itu dan ada pula mengakui takut jika mereka menjadi penumpang dan lipas berada di sebelah tempat duduk mereka.
“Tiada siapa akan mempercayainya. Saya akan menangis. Saya takut dengan semua jenis serangga,” kata seorang lagi pengguna media sosial.