Realtime website trackingweb stats

Elok puji staf pejabat pos tapi hujung coretan pula mengundang berang kaum Hawa

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Elok puji staf pejabat pos tapi hujung coretan pula mengundang berang kaum Hawa.

Seorang wanita berkongsikan pengalamannya berurusan di sebuah pejabat pos. Coretannya dilihat menarik perhatian ramai netizen.

Pengguna Facebook, Afifah Alwi menceritakan bagaimana seorang kakitangan lelaki pejabat pos itu bersedia untuk memulangkan baki tanpa perlu beliau meletak kenderaan terlebih dahulu.

Namun, perenggan akhir coretannya dilihat mengundang rasa berang ramai kaum Hawa yang antara lain mengingatkan bukan semua perempuan tidak beradab.

“Tak semua pekerja perempuan begitu. Kenapa nak judge?

“Puji pekerja pos laju mantap dah. Tiba-tiba sangkut pautkan perempuan pula, dah kenapa?

“Saya jumpa ramai je petugas kaunter perempuan yang baik dan memudahkan urusan. Bukan kata pos laju , tapi banyak lagi agensi kerajaan dan swasta,” demikian antara komentar warganet yang kesemuanya wanita.

Dalam masa sama, ada juga kaum Hawa mengaku beliau sendiri ‘malas’ untuk berurusan dengan kakitangan wanita di kaunter.

“Kita perempuan pun kadang malas berurusan dengan perempuan di kaunter. Jeling macam apa je, belum lagi jawab acuh tak acuh,” komen seorang netizen pula.

Ikuti catatan penuh Afifah yang mengundang rasa berang sebahagian wanita itu:

Tadi saya pergi Pos Laju. Saya pos guna kotak Pos Laju, kiranya mereka setel semua, saya bagi barang saya sahaja.

“Berapa semua?.” Saya tanya.

“RM39.90.”

Saya pun bayar. Keluarlah dari pejabat pos dengan bahagianya sebab dah selesai satu kerja.

Saya dah start enjin dan kereta dah mula bergerak pelan-pelan. Tiba-tiba abang kaunter tadi lambai tangan dan datang dekat saya.

“Dik, harga kotak awak tak bayar lagi sembilan hinggit.”

“Okey, saya bayar cash, tapi duitnya RM20, takpalah, saya parking kereta kejap.”

“Eh, takpa-takpa. Saya ambilkan baki. Kamu stay sini.”

Dalam hati, nasib aku baik hari ni sebab berurusan dengan abang kaunter berstatus ‘lelaki’.

Kalaulah perempuan, mesti dia suruh parking kereta balik, ye lah, beras pun naik, apatah lagi foundation tiga lapis dia. Laaah!

Baca:

Jangan tak tahu IQ Malaysia atas UK, tokoh wartawan ini anggap orang kita saja tak nak guna otak

Guru tergamak jual aset sekolah lebih RM70,000 gara-gara ketagih judi online

Penduduk nampak sesuatu yang aneh di langit sebelum gempa Maghribi, saintis buntu tiada jawapan