Realtime website trackingweb stats

Elok datang bersama ke Thailand, akhirnya nyawa pakar bedah plastik ini tamat di tangan anak pelakon terkenal

Oleh ADINDA

Elok datang bersama ke Thailand, akhirnya nyawa pakar bedah plastik ini tamat di tangan anak pelakon terkenal.

Lelaki Sepanyol mengaku membunuh dan mengerat mayat seorang lagi pelancong di pulau pelancongan terkenal Thailand, Koh Pha Ngan, baru-baru ini.

Polis percaya, bahagian anggota badan termasuk pinggul dan paha yang ditemukan di tempat pembuangan sampah, Khamis lalu, ialah milik pakar bedah plastik Colombia, Edwin Arrieta Arteaga berusia 44 tahun.

Ketua Polis Koh Pha Ngan, Panya Nirtimanon mengesahkan, pelancong, Daniel Sancho Bronchalo, 29, yang tiba di Thailand pada 31 Julai lalu mengaku melakukan pembunuhan itu.

“Dia mengakui melakukan perbuatan itu.

“Mangsa dan suspek mengenali antara satu sama lain sebelum mereka datang ke Thailand dan kegiatannya yang meragukan menunjukkan dia mungkin membunuh mangsa.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan motif pembunuhan itu,” katanya kepada AFP.

Media melaporkan, suspek bekerja sebagai tukang masak dan anak kepada pelakon terkenal Sepanyol, Rodolfo Sancho.

Gambar suspek kelihatan sepadan dengan gambar di akaun Instagram Daniel Sancho, yang turut mengikuti akaun mangsa.

Bagaimanapun, cubaan mendapatkan maklum balas daripada Kedutaan Sepanyol di Bangkok, Rodolfo Sancho dan ejennya, tidak berjaya.

Thailand adalah negara yang agak selamat apabila jenayah kekerasan jarang berlaku.

Koh Pha Ngan pula memang terkenal dengan pantai berpasir putih dan menarik ribuan pelancong yang berkunjung ke pesta bulan purnama.

Pada 2014, sebuah lagi pulau pelancongan Koh Tao digemparkan dengan pembunuhan dua pengembara ‘bagpackers’ British.

Dua warga Myanmar sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan itu, tetapi kumpulan hak asasi manusia menuduh pihak berkuasa Thailand menggunakan lelaki itu sebagai kambing hitam.

Baca:

Benda boleh bertumbuk kenapa nak serah elok-elok, pemuda ini dapat ‘hadiah’ sejurus bangun tidur

Fenomena air Sungai Pahang surut lebih teruk dari 1996, ramai alami kerugian

Kadang dah biasa buat boleh pula lupa, ini kisah tragis lelaki yang berjaya buat 800 kali terjunan