Biasanya apabila ada perayaan atau majlis, sering kali terdapat lebihan nasi.
Selain daripada memanaskannya atau menggorengnya menjadi nasi goreng, ternyata lebihan nasi ini boleh dijadikan bubur.
Cara untuk melakukannya telah dikongsikan oleh Nurul Afidah Omar.
Elakkan pembaziran, jom masak bubur nasi sedap guna lebihan nasi kenduri
Menu ini juga boleh kita amalkan apabila terlebih masak nasi.
Semalam, ada majlis kenduri di rumah mak saudara.
Terhasil lebihan nasi.
Tiba-tiba, idea datang untuk menukarnya menjadi bubur dan menyumbang kepada orang di masjid.
Alhamdulillah, kami berhasil menyediakan bubur ayam Mekdah.
Saya ingin berkongsi resipi bubur ini dengan anda.
Bahan-bahan:
• 1 termos besar (Lebihan nasi kenduri)
• Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-ahak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan
• 10 batang lobak merah – potong kecil-kecil atau parut
• 10 kiub ayam
• Garam – secukup rasa
• Daun sup
• Cili besar merah
• Bawang goreng
• Lebihan ayam goreng kenduri – carik-carikkan
• 10 labu bawang putih, 7 biji bawang merah dan halia besar ibu jari – dihiris halus
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat:
1. Masukkan nasi ke dalam periuk dan tambahkan air. Rebus sehingga nasi kembang.
2. Tambahkan kiub ayam, sedikit garam, ayam yang telah dipotong kecil, bawang, dan halia ke dalam periuk.
3. Selepas dua jam, tutup api dan biarkan dalam periuk yang tertutup untuk beberapa ketika.
4. Setelah agak sejuk, hidupkan api semula dan teruskan merebus.
Selamat mencuba!
Baca: Pening lepas cuci baju masih bau kepam, rupanya ramai tak perasan ‘benda’ ini pada mesin basuh!