Realtime website trackingweb stats

Elakkan ‘fancy’ dan guna nombor plat jenis ini jika tidak mahu ‘didekati’ abang JPJ

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ada beberapa orang di kalangan kita yang suka melakukan penyesuaian pada kereta mereka sendiri.

Salah satu penyesuaian yang kerap dilakukan ialah pada nombor plat kereta masing-masing.

Alasan yang diberikan termasuk untuk memastikan penampilan nombor plat kereta itu sesuai dengan selera masing-masing.

Elakkan 'fancy' dan guna nombor plat jenis ini jika tidak mahu 'didekati' abang JPJ

Walaupun begitu, pihak berkuasa telah menetapkan peraturan untuk menentukan bentuk dan saiz tulisan yang dibenarkan pada nombor plat kereta masing-masing.

Ini penting supaya semua orang dapat melihat dengan jelas nombor plat kenderaan mereka tanpa kekeliruan.

Jika nombor plat tidak jelas, ia boleh menyukarkan ramai pihak terutamanya dalam keadaan kecemasan seperti kecurian kenderaan atau kemalangan.

Undang-undang mengenai ciri-ciri nombor plat kenderaan tersedia dalam Akta Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dinyatakan dalam Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Untuk maklumat tambahan, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah berkongsi spesifikasi yang ditetapkan bagi nombor plat kenderaan di laman web mereka.

 

 

Di Malaysia, hanya tiga bentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang sah.

1. Huruf dan angka berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ di atas bingkai hitam.

2. Huruf dan angka berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ di atas bingkai berwarna merah untuk kenderaan kedutaan, PBB, dan Persatuan Getah Asli Antarabangsa.

3. Huruf dan angka berwarna hitam yang di’embossed’ di atas bingkai berwarna putih untuk teksi atau kereta sewa.

Semua pemilik kenderaan di Malaysia perlu mematuhi spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Jika anda tidak mematuhi peraturan ini, anda mungkin dikenakan tindakan di bawah Seksyen 14(4) Akta Pengangkutan Jalan 1987, di mana individu yang melakukan kesalahan boleh didenda antara RM300 hingga RM3,000.

Baca:

‘Saya Melayu mestilah rajin, India mestilah pendiam’ – Video parodi stereotaip kaum ini memang kreatif

4 sebab kenapa tidak digalakkan hidup menyewa terlalu lama, no 2 sangat penting

‘Tanpa ejek orang lain, mudahan kelemahan kita tidak dizahirkan’ – Dr Maza nasihat pentingnya kuasai bahasa Arab