Realtime website trackingweb stats

Elak ‘menangis’ ketika potong bawang gunakan 5 tip ini

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Memotong bawang kadangkala menjadi agak mencabar kerana ia boleh menyebabkan mata menjadi pedih dan berair.

Menurut halaman Rasa, terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk mengelakkan perkara ini berlaku.

Merendam Dalam Air Ais Merendam bawang dalam air ais dapat mengurangkan pengeluaran bahan kimia semasa memotong.

Caranya adalah dengan membuang bahagian lapisan luar bawang, basuh, dan rendamkan dalam air sejuk

Setelah itu, potong bawang mengikut cara yang anda kehendaki.

Elak ‘menangis’ ketika potong bawang gunakan 5 tip ini

Meletakkan Dalam Peti Ais

Ini 5 petua untuk elak ‘menangis’ ketika potong bawang

Menurut halaman Rasa, konsep meletakkan bawang dalam peti ais adalah sama seperti merendamnya dalam air ais. Caranya adalah dengan meletakkan bawang yang belum dikupas dalam peti ais untuk seketika, kemudian hiris seperti biasa.

Menggunakan Pisau Yang Tajam

Ini 5 petua untuk elak ‘menangis’ ketika potong bawang

Penggunaan pisau yang tajam dapat membantu mengurangkan pelepasan bahan kimia semasa memotong bawang. Jika dibandingkan dengan pisau tumpul, pisau tumpul menghasilkan lebih banyak bahan kimia, yang menyebabkan mata anda menjadi lebih pedih.

Memotong Bahagian Atas Bawang

Ini 5 petua untuk elak ‘menangis’ ketika potong bawang

Bagi yang tidak mahu merendam atau menyejukkan bawang, cara ini boleh anda amalkan. Menurut The Nation Onion Association melalui halaman Rasa, memotong bahagian atas bawang sebelum mengupasnya dapat mengurangkan kepedihan mata yang menyebabkan mata berair.

Elakkan Memotong Akar Bawang

Ini 5 petua untuk elak ‘menangis’ ketika potong bawang

Selain memotong di bahagian atas terlebih dahulu, perkara yang perlu dielakkan semasa memotong bawang adalah memotong bahagian akar bawang. Memotong akar bawang akan menyebabkan penghasilan bahan kimia yang lebih cepat, yang seterusnya menyebabkan mata cepat pedih.

Diharapkan tip ini berguna untuk anda yang sering mengalami masalah mata pedih dan berair ketika memotong bawang. Jom amalkan!

Baca Lagi:Guna je 2 bahan didapur, pasti hilang kesan kuning deodoran pada baju putih