Realtime website trackingweb stats

Elak gambar media sosial disalahguna, ikut je 7 cara berkesan ‘ajar’ scammer

Oleh ABDULLAH HAMID

Dalam era media sosial masa kini, setiap perkongsian yang kita lakukan pasti menarik perhatian kenalan, pengikut, atau netizen di platform digital.

Namun, tidak dapat disangkal bahawa terdapat segelintir individu yang berniat jahat untuk mengambil kesempatan atas perkongsian kita di media sosial.

Antara risiko yang paling membimbangkan adalah kes kecurian gambar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan,

seperti yang dialami oleh seorang pengguna Facebook baru-baru ini.

Menurut pengalaman individu tersebut, beberapa gambar miliknya telah digunakan secara tidak sah di Telegram

Elak gambar media sosial disalahguna, ikut je 7 cara berkesan 'ajar' scammer

untuk mempromosikan pelaburan yang menipu orang ramai. Keadaan ini memang mencemaskan.

Bagi mereka yang menghadapi situasi serupa, berikut adalah tujuh langkah yang boleh diambil untuk mengendalikan masalah ini, seperti yang disarankan oleh seorang peguam, Rizlan Ghazali Chewan.

1. Buat laporan polis

Langkah pertama adalah membuat laporan polis. Pastikan anda menyimpan salinan laporan untuk rujukan.

2. Laporkan kepada pihak berkuasa lain

a. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM): Laporkan penyalahgunaan kepada SKMM yang boleh membantu mengesan dan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan data peribadi di platform digital.

b. Bank Negara Malaysia (BNM): Beritahu BNM tentang penipuan pelaburan yang menggunakan identiti anda untuk tindakan lanjut bagi mencegah penipuan kewangan.

3. Laporkan kepada pihak berkenaan di Telegram

Laporkan penggunaan tidak sah gambar dan kad pengenalan anda kepada Telegram. Gunakan fungsi laporan dalam aplikasi atau hubungi sokongan pelanggan Telegram.

4. Pantau aktiviti kewangan anda

Selalu periksa penyata bank dan transaksi kewangan secara berkala untuk keselamatan. Laporkan segera kepada bank anda jika terdapat aktiviti yang mencurigakan.

5. Sebarkan amaran

Beritahu rakan, keluarga, dan kenalan anda tentang penipuan ini untuk mengelakkan mereka daripada terjebak. Anda juga boleh berkongsi amaran di media sosial untuk memberi peringatan kepada orang lain.

6. Kemas kini maklumat peribadi

Jika anda risau maklumat peribadi anda telah tersebar luas, pertimbangkan untuk mengemas kini maklumat keselamatan di akaun bank dan perkhidmatan lain yang menggunakan maklumat anda.

7. Dapatkan nasihat undang-undang

Jika perlu, dapatkan nasihat daripada peguam yang pakar dalam undang-undang siber dan privasi untuk panduan lanjut.

Dengan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga ini, anda dapat mengurangkan risiko dan menangani keadaan yang tidak diingini akibat penyalahgunaan gambar dan data peribadi di media sosial.

BACA: Guna gambar unsur ‘soft porn’ promosi produk, imej berpurdah Neelofa dipersoal suaminya ustaz diam sahaja