Terdapat pelbagai pilihan jenis hartanah yang perlu dipertimbangkan dengan bijak sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Yang pasti, memilih hartanah yang dapat memberikan pulangan pelaburan terbaik adalah penting.
Salah satu jenis hartanah yang patut difikirkan adalah hartanah subsale.
Secara umumnya, hartanah subsale merujuk kepada unit yang dibeli dari pemilik kedua atau ketiga selepas pembelian dari pemaju asal.
Dalam erti kata lain, hartanah subsale adalah hartanah yang telah digunakan sebelum ini.
Walaupun bukan hartanah baru, hartanah subsale mempunyai banyak kelebihan, seperti yang diterangkan oleh ejen hartanah dan penasihat, Akmal Fahmi.
Kelebihan membeli rumah subsale:
1. Tiada risiko projek perumahan terbengkalai, pemaju melarikan diri, atau pemaju bankrap.
2. Kos memasuki rumah jauh lebih rendah kerana kebanyakan perkara seperti pemeriksa cacat, pendawaian, lampu, kipas, gril, awning, langsir, kabinet dapur, penghawa dingin, tinted (untuk pintu geseran), pengecatan, penggantian pagar, dan pelbagai lagi sudah disiapkan.
3. Ada kemungkinan untuk mendapatkan rumah yang sudah lengkap dengan semua kemudahan. Cuma perlu cuci kaki!
4. Membolehkan anda berinteraksi dengan jiran sebelah sebelum membuat keputusan pembelian.
5. Peluang untuk membeli rumah dengan harga di bawah nilai pasaran. Biasanya, rumah underconstruction (belum siap) jarang dijual di bawah harga pasaran.
6. Untuk rumah subsale, bayaran pinjaman bank hanya bermula selepas pembeli mendapat kunci rumah. Berbeza dengan rumah underconstruction, pembeli yang menggunakan pinjaman bank mesti mula membayar apabila bank membuat pembayaran progresif kepada pemaju. Ini bermakna pembeli mungkin perlu membayar sebelum rumah siap dan kunci diberikan.
7. Membolehkan anda untuk runding harga secara langsung dengan pemilik asal rumah. Jika rumah underconstruction, biasanya tidak ada ruang untuk runding harga dengan pemaju.
BACA: Kalau dapat jawab pasti anda diterima bekerja, ini rahsia jawab soalan temuduga ramai tak tahu